بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Google image
Setiap saat kita perlu bersyukur..sentiasa..walau hanya sebutir nasi atau sebiji gula gula saja yang masuk ke mulut kita..hakikatnya tersangatlah sukar untuk didik hati kita agar sentiasa mensyukuri nikmat..mohon pada DIA sentiasa..mohon..mohon..mohon..in sha Allah boleh..
▪□■sesuap nasi■□▪
Demi sesuap nasi,,
siang malam seolah tiada bezanya
hujan panas terasa sama
sihat sakit serupa saja
Demi sesuap nasi,,
keringat tidak terhirau
lelah tidak dipeduli
tulang empat kerat dikerah tidak henti henti
Demi sesuap nasi,,
terkadang sanggup menggadai maruah diri
dosa pahala dipandang sepi
lupa diri asal usul sendiri
Demi sesuap nasi,,
yang sedar diri bertambah budiman
yang terlalai hanyut dilautan insan
Sesuap nasi itu bukan jaminan hayat
Kerana nyawa milik Tuhan
Biarpun sesudu yang penting berkat
Betul PC, sukar didik hati nie...
BalasPadam@Dunia Zumal
BalasPadamSangat susah zumal..