Daun pandan harum baunya
Dihiris halus buat hantaran
Bukan kerana Allah tidak suka
Sebaliknya musibah itu jadikan peringatan
Meliha sudah rasa terseksa
Apatah lagi mereka yang melaluinya
Bukan ujian untuk mereka
Dihiris halus buat hantaran
Bukan kerana Allah tidak suka
Sebaliknya musibah itu jadikan peringatan
Meliha sudah rasa terseksa
Apatah lagi mereka yang melaluinya
Bukan ujian untuk mereka
Ujian untuk kita juga
Tidur malam pakai kain pelekat
Pakai stokin warna jingga
Dosa pahala tidak terlihat
Hanya iman jadi sempadannya
Benang kait putus dua
Duduk termenung atas serambi
Jangan derhaka dengan mertua
Takut tulah pada diri
Syok asyik makan gula gula
Sampai terselit pada gigi
Kita bukan insan sempurna
Jangan sentiasa meninggi diri
Pisang tanduk tua setandan
Diparut tipis buat kerepek
Perkara baik jadikan tauladan
Jangan diamal yang merepek repek
Tidur malam pakai kain pelekat
Pakai stokin warna jingga
Dosa pahala tidak terlihat
Hanya iman jadi sempadannya
Benang kait putus dua
Duduk termenung atas serambi
Jangan derhaka dengan mertua
Takut tulah pada diri
Syok asyik makan gula gula
Sampai terselit pada gigi
Kita bukan insan sempurna
Jangan sentiasa meninggi diri
Pisang tanduk tua setandan
Diparut tipis buat kerepek
Perkara baik jadikan tauladan
Jangan diamal yang merepek repek
Tags:
Pantun
terima kasih untuk pesanan ringkas dan bermakna :)
BalasPadamSama2 fiza :)
PadamMasam sungguh rasa cuka
BalasPadamSedap pula jika kena menunya
Moga kita tidak leka
Tersilap sikit buruk padahnya
Amin...moga Allahjaga hati kita semua :)
PadamDunia semakin tua..
BalasPadamIngatlah diri jgn lah leka..
Pantun dari PC amatlah bermakna
Buat peringatan kita yg lupa
Subhanallah terima kasih ye..wah berpantun juga.. :)
PadamIngatan untuk diri saya jugak...terima kasih sis PC kerana mengingatkan pada sesiapa yang alpa dan ingin kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah... ^_^
BalasPadamAllahu..:) sama2..kita berusah perbaiki mana yang silap ye.
PadamMAcam biasa , akak berseloka sambil mengingat moga Allah berkati akak selalu
BalasPadamAmin...moga Allah berkati kitaaaaa semuaaaa :)
Padamalhamdulillah
BalasPadamperingatan bersama
cuma nak tnya "takut tulah pada diri sendiri "
tu apa maknanya ye
ke maksudnya balik pada diri sendiri..
mcm tu ke ?