بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Google image
||terus melangkah biar pun bertatih||
Mengeluh.Itu biasa dilakukan.Kadang bukan disengajakan.
Subhanallah.Alhamdulillah.Tarik hembus.Tarik hembus.Nafas.
Bila susah.Ada lagi yang lebih susah.Bersyukur dan redha.
Apabila senang.Jangan lupa ada yang lebih senang dan mewah.Ikut resam padi semakin menunduk bila berisi.
Letih.Kerana kerja atau kerana perkara sia sia.Pilih betul betul.Alang alang biar letih berpahala.Moga moga Allah hadiahkan syurga.Lompat bintang pun lupa masa itu.Dilayan bidadari bidadari syurga.Amin.
Comel.Semua baby comel.Baby face comel ke tidak??!?..krik..krik.
Semangat.Jalan setapak dua-jatuh terduduk-bangun-selangkah tiga-tersungkur-duduk-bangun.Masuk bawah meja.Terselit celah kerusi.Benjol sana.Lebam sini.Biasa.Akhirnya tegap berdiri.Mantap berlari.Yeyy.Hendak berjaya bukan mudah.Hendak gagal sangat senang.Niat yang baik diadun dengan semangat yang padu in sya Allah boleh.
Tags:
Santai
betul kak jgn mudah mengalah ! insyaAllah ada jalanNya
BalasPadamAmin..mohon dengan Allah kuat semangat :)
PadaminsyaAllah...akan tetap bertatih untuk mengejar langkah....
BalasPadamAlhamdulillah bagus...jangan patah semangat.. :)
PadamInShaaAllah..
BalasPadam"biar penat yang berpahala" Lissa sukaa ayat ni hehe :D