Hibur Hati..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 

Pandang kanan pandang kiri
Langkah kanan langkah kiri
Tidak semua kita hendak Allah terus beri
Allah tahu apa sebenarnya yang diperlukan diri

Kita manusia banyak cadangan
Tidak kurang juga angan angan
Jangan lupa Allah punya perancangan
Pasti yang terbaik untuk hamba kesayangan

Merajuk bukan sembarang merajuk
Merajuk susah hendak dipujuk
Dengan Allah jangan merajuk
Kelak diri habis teruk

Dicuit sikit melatah tak sudah
Nafas pendek kerana lelah
Berasa kecewa itu lumrah
Asal tidak cepat mengalah

Belakang parang memang tumpul
Rajin diasah tajam juga
Kecewa dihati jangan dikumpul
Kelak diri akan merana

Hujan hujan makan ABC
Kacang lebih enak sekali
Don't always trust what you see
Lebih baik siasat berkali kali

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. telah lama kak Pc ditunggu,
    akhirnya disini kita bersua,
    ujian Allah buat yang mampu,
    bersabarlah hati bersabarlah jiwa .

    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak PC dah datang
      Dengan izinNya kita bertemu
      Menghadapi dugaan bukan senang
      Persiapkanlah diri kamu

      :)

      Padam
  2. sentiasa kita menunggu sesuatu dengan pasti sertakan dengan keyakinan padaNya amin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama