بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Google image
Mendung di langit tanda nak hujan
Sediakan payung bersungguh sungguh
Air ditempayan jangan terus dicurahkan
Takut matahari selit menyinggah
Kesesakkan lalu lintas itu lumrah
Biar pun lorong kian bertambah
Tidak semua perkara mampu diubah
Biar pun usia kian bertambah
Ibu arnab sakit perut
Cirit birit sepanjang hari
Tidak semua kata harus diturut
Kelak takut merosak diri
Lintah jantan pacat betina
Hisap darah hingga kenyang
Jangan asyik suka menduga
Terkena diri sendiri jangan terasa bengang
Tags:
Pantun
Kak pc kembali dengan seloka nya :)
BalasPadamHehehaha..yana ni.. :)
Padamsinggah petang ke perdu cinta
BalasPadammembaca seloka pelbagai ragam
hujan disini sehingga senja
semoga dingin sampai ke malam
boleh tak tuu PC hihi :)
Yeyyyyyy...alhamdulillah kak ana......terbaiklah...
PadamPergi kedai beli garam
Lenggang lenggok sopan santun
Rupanya ada bakat terpendam
Kak ana pun pandai berpantun
:) :)
Aiza tak pandai berpantun.. Sekadar membaca.. Pantun bukan sebarang pantun.. Penuh dengan mesej dan peringatan berguna..
BalasPadam