Jadilah Baja BUKAN Racun Mahupun Parasit

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


JADILAH BAJA BUKAN RACUN MAHUPUN PARASIT || Sesiapa sahaja yang gemar bercucuk tanam atau berkebun tidak kiralah apa pun jenis pokok yang di tanam pastinya bersahabat baik sangat dengan baja..jadi tidak hairanlah kalau boleh hafal sebahagian besar jenis dan nama baja yang terbaik untuk digunakan..bukan pemburu keyboard tapi pemburu baja..hihi..baja itu umpama vitamin tambahan untuk tumbuhan..selain kasih sayang dan penjagaan yang rapi dan teliti..

Sebut tentang kongsi..membuntang biji mata dibuatnya..kongsi apa?..Allah jadikan alam ini..bumi ini untuk dikongsi..kita berkongsi dengan tumbuh- tumbuhan..haiwan..langit..lautan dan daratan..bukankah ada makhluk lain selain manusia di muka bumi Allah ini..kita antara salah satu penghuninya..kita saling bergantung dan memerlukan satu sama lain..ada mangsa..ada pemangsa..tidak boleh dinafikan ada yang perlu berkorban dan terkorban..

Seperti endau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing..itulah pepatah lazim membayangkan sikap mementingkan diri sendiri..baik mengejar kehendak atau kerana memenuhi keperluan sebolehnya jangan menjadi racun mahupun parasit pada pihak lain..jadilah baja yang sedikit sebanyak memanjangkan hayat sekeliling untuk meneruskan kehidupan..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Dalamnya bahasa Pc.. Ya insyaallah kita menjadi baja bagi kenaikan orang lain di sekeliling

    BalasPadam
  2. jadilah baja kepada org2 yg di sekeliling kita yg mengasihi diri kita seadanya,

    BalasPadam
  3. kita saling memerlukan antara 1 sama lain, memberi kekuatan dan sokongan org sekeliling kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama