بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
BERSUNGGUH-SUNGGUH || Jatuh bangun itu la liku kehidupan..
Pergi pasar beli sukun
Dipotong tipis goreng bertepung
Berbuat baik mesti tekun
Supaya amalan tidak tergantung
*selagi boleh buat baik janganlah separuh jalan..sila sungguh-sungguh*
Hari Jumaat muncul lagi
Rezeki kita menemuinya
Akan datang belum tentu lagi
Hargailah apa adanya
*ada yang berpeluang hanya sekai...ada juga yang Allah beri peluang banyak kali biarpun pernah lalui kegagalan..sebenarnya setiap kita ada bahagian rezeki masing-masing*
Jam lima tamat waktu bekerja
Hati girang hendak pulang
Berhati-hati dijalan raya
Ingatlah insan yang menanti kita pulang
*bahaya ada di mana-mana..kita sama-sama mesti jaga diri..hubungan dua hala sangat penting..jalanraya itu bukan kita punya..bukan awak punya juga tapi kita semua punya..kongsi dengan penuh hikmah*
Tags:
Pantun
Dimana ada kmhuan, d stu ada jalan
BalasPadamBetul abak ^^
PadamPandai kak PC berpantun (*^_^*) Hargai semuanya dalam kehidupan kita. Don't take it for granted..
BalasPadamAllahu...sebenarnya siqah pun boleh berpantun tau...tak percaya cuba...in sha Allah boleh...setuju.. ^@
Padam