بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
JOHOR DARUL TA'ZIM || Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat kelahiran..Batu Pahat merupakan salah satu daripada sepuluh(10) daerah yang terdapat di Negeri Johor Darul Ta'zim..ya PC dilahirkan dan dibesarkan di Batu Pahat..
Negeri Johor berada di sebelah selatan Semenanjung Malaysia di mana kedudukkannya bersempadan dengan Negeri Melaka,Negeri Sembilan dan juga Negeri Pahang.Bahagian timurnya dikelilingi Laut China Selatan bersempadan juga dengan Kepuluan Riau,bahagian selatan pula Selat Tebrau bersempadan dengan Singapura dan Selat Melaka di bahagian barat bersempadan dengan Riau,Indonesia..pastinya nyaman dengan tiupan angin laut dan dihiasi pemandangan indah..
Mempunyai keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi,menjadikan negeri kelima terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia.Jumlah penduduknya pula adalah kedua terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ketujuh terpadat di dalam negara.Johor Bahru merupakan ibu negeri Johor bandar kedua terbesar selepas Kuala Lumpur..DARUL TA'ZIM berasal daripada perkataan arab yang bermaksud tempat perlindungan yang bermaruah.
Negeri Johor mempunya sepuluh daerah iaitu
Setiap daerah mempunyai bendera yang tersendiri
Sebagaimana negeri-negeri lain..Negeri Johor juga mempunyai gunung dan pulau yang menjadi daya tarikkan dan sumber alam semulajadinya.Keindahan flora dan faunanya yang masih terpelihara memberi peluang kepada penduduknya malah masyarakat luar untuk mengunjunginya untuk beriadah baik secara individu mahupun bersama keluarga..
Gunung Ledang,Tangkak
Google Image
Gunung Belumut,Kluang
Google Image
Pulau Rawa
Google Image
Tags:
Info
saya duk kat tangkak..air terjun gunung ledang tu tiap2 minggu pegi..huhu
BalasPadamowh seronoknya..PC baru pergi 2 kali tapi dengar cerita sekarang dah ditambah baik ya...
PadamMaaf, Gunung Belumut di Kluang.
BalasPadamDi Kulaijaya Gunung Pulai.
subhanAllah..maaf PC silap..terima kasih ya sudi tegur dan betulkan..terima kasih sangat...
Padamwah setiap daerah di johor ada benderanya sendiri ya...hebat tu.
BalasPadamWah tganu pon ada bendera daerah masing masing :)
BalasPadamWah cantiknyer
BalasPadam