بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Kapas
Google Image
Pokok Kapas
Google Image
SELEMBUT KEKABU..SEPUTIH KAPAS || Kalau disuruh membuat pilihan..ya PC lebih suka bantal dan tilam yang isi dalamnya adalah kekabu..tapi tidak bermaknalah PC anti dengan bantal-bantal dan tilam-tilam selain itu..apa adanya syukur..asalkan selesa untuk digunakan..tapi ada juga yang tidak boleh terima bantal selain diperbuat daripada kekabu..tu yang sanggup usung bantal walau pergi ke mana-mana..amboi..gigih..hihi..masalah juga..kalau sekadar besar bantal busuk gagah lagi..tapi kalau bantal tidur...alahai mak jemah..haru dibuatnya..
Begitu juga juga dengan pakaian..pakaian yang diperbuat daripada benang kapas lebih memberi keselesaan sebenarnya,,sejuk dan lebih mudah meyerap peluh atau haba pada tubuh kita seharian..tambahan dengan iklim di negara kita yang panas dan hujan sepanjang tahun ini..iklim tropika khatulistiwa..namun sesetengah daripa kita mungkin kurang menyukainya kerana tekturnya yang agak kasar dan sedikit tebal berbanding sutera yang lebih halus..lembut dan ringan serta harum...
Warnanya sama seolah serupa
Kekaku dan kapas macam sama
Dulu PC pun tersilap sangka
Rupa-rupanya ia berbeza
Kekabu
Google Image
Pokok kekabu atau dikenali juga CEIBA PENTANDRA ini asalnya dari hutan Maxico,Amerika Tengah,Carribean,utara Amerika Selatan serta Asia Tenggara ya jangan main-main..memiliki daun yang jarang serta dahan yang mendatar dan jangan tidak tahu batang pokok kekabu mempunyai duri..buahnya berbentuk kekapas.
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang seakan buah koko..asalnya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu.Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya..*haaaa itulah kekabunya...yeyyyy..*
"I ni tak boleh tengok cerita hindustan ke tamil ke..wajib nangis..sedih bila tengok hero kena belasah terus berdarah-darah tu..hati i ni hati kapas..like tisu too"...ermmm yelah..dia kena pukul tu watak..lakonan je..habis berlakon duit berkepuk-kepuk..tapi tengok anak kucing mati kena langgar lari darah mengalir lidah terjelir tak pulak nangis teresak-esak..takkan hati selembut kapas tu dah bertukar jadi batu konkrit kot..ciskek betul la..hihi..kapas la sangat..*hati like kapaslah..like tisu bagailah..alahai dondang sayang..macam-macam ragam..begitulah ragam emosi manusia..simpan sikit air mata tu untuk menangis ketika mohon keampunan pada NYA*
Google Image
Pokok Kapas
Google Image
Kapas adalah gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang tumbuh di kawasan tropika dan sub-tropika..gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstil yang lembut dan telus angin.
Kapas mempunyai ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik..kapas boleh banyak didapati di Eropah, Asia,Afrika, Amerika dan Australia, ini kerana negara-negara tersebut beranggapan menggunakan pokok kapas yang telah dipilih khusus boleh menghasilkan lebih banyak gentian.
Tags:
Info
Kekabu best... Balik kampung mesti usung bantal kekabu mak buatkan bawa balik sekali.. Hehe
BalasPadamkan..macam atu kepuasa bila dapat bantal kekabu cikgu MF...lebih selesa sebenarnya.. :)
PadamVote for bantal kekabu. Hihi. Tapi takdelah sampai nak usung bantal ke mana saja. Terima adanya jela kalau jt tempat lain. Hii. Malas nak iron kain sutera, lagi malas nak basuh. Hihihi.
BalasPadamkan..betul...akak pun suka bantal kekabu..tapi sekarang agak susah nak jumpa..kalau ada pun agak mahal....beruntung kalau di rumahnya ada pokok kekabu..bonus tu..boleh buat bantal sendiri...betul..baju sutera agak remeh penjagaaannya..memang selesa dan cantik :)
PadamKekabu dan kapas putih tetap putih tapi xsama kelembutan rasa pun beza bantal kekabu lbh selesa mengalas kepala...
BalasPadambetul kak PI..sama putihnya tapi berbeza kegunaannya...akak pun suka bantal kekabu ya... :)
PadamAkak tak leh guna bantal kekabu, allergic rasanya...sebab resdung & semput.
BalasPadamowhhhh...kekabu kalau terlalu lama diguna akan berketul dan jadi keras-keras..itu datangnya macam habuk kan kak...kena rajin tepuk-tepuk dan jemur...sama adik ipar PC...dia tak boleh guna bantal kekabu..asyik bersin saja kerjanya :)
Padamsuka tdo bantal kekabu..harga pun agak mahal
BalasPadambetul..harganya agak mahal..mungkin susah didapati la JM..tu yang mahal jadinya...
PadamAssalamualaikum PC...saya pun suka bantal kekabu...lagi sukan kalau dah lembut sikit...dulu arwah tok ada buat sendiri...sekarang semua bantal tu dah berhijrah ke rumah anak2 arwah...
BalasPadamyana pon still pakai kekabu punya :) mak buat
BalasPadamSaya cari benih pokok kapas renek...adajual kah
BalasPadamSaya cari benih pokok kapas renek...adajual kah
BalasPadamSaya sedang mencari kilang yang berkaitan dengan kekabu di zon selatan. Kalau ada sape2 tahu. boleh reply comment di sini
BalasPadam