بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
SERUAN DARI BANYAK PINTU || Biarpun kecik dan sedikit amal kebajikkan yang kita lakukan Malaikat Raqib tidak pernah culas atau terleka untuk mencatatnya...jangan kita bimbang andai setiap kebaikkan yang kita lakukan tidak diambilkira oleh Allah..kita teruskanlah istiqhomah pada landasan ma'ruf..kerana..
Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah
Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata:
Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a
Tags:
Ilmu
Semoga kita mendapat salah satu dari pintu2 itu. Amiin
BalasPadamAmin...amin...amin...
PadamSubhanallah walhamdulillah... aamiin ya Rabbalalaamiin.
BalasPadam