بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum..
BERULANG-ULANG || Bila kesakitan yang dialami berulang-ulang seolah tidak mahu sembuh...owhh pasti sedihnya bukan kepalang...tapi ingat ada hikmah yang terdampar luas...
Ulang menu yang sama setiap hari....ada sesetengah daripada kita langsung tidak menjadi masalah dan tidak kurang sebaliknya hingga baunyanya pun boleh membuatkan dia muntah sebaldi kecil...hehe..
Lakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang ini ada baiknya..ianya membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti apa yang kita lakukan..kalau masakan...in sya Allah masakan itu menjadi lebih sedap..*ada juga yang campak campak tapi rasanya subhanAllah sedap..kerana bukan saja dia campak bahan-bahan masakan siap dicampak juga kasih sayang,doa dan keikhkasannya*..begitu juga dalam seni pertukangan,kraftangan,jahitan dan lain-lain..
Buang jauh-jauh rasa jemu untuk ulangi kebaikkan...kerana kebaikkan itu akan kembali kepada kita kelak..amin..
😄terima kasih ukhuwah..
Tags:
Santai
Harap2 begitulah.. InshaaAllah ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya
BalasPadamAlah bisa tegal biasa.
BalasPadamIn shaa Allah mudah2an... setiap perkara itu pasti ada kebaikannya...
BalasPadam