بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum...
MEMAHAMI ITU.. || Cara penerimaan orang itu beza ketara..ada yang baru mukhaddimah dah boleh baca isi keseluruhannya...tidak kurang yang telah dikisahkan berkali kali namun masih tidak memahami...adatnya kita insan biasa-biasa..tidak kurang yang terus buat kesimpulan..ini bahaya...
Ibu dan ayah Allah kurnia gerak rasa yang ajaib...biarpun anak telah duduk berasingan...telah punya tanggungjawab masing-masing namun tidak pernah memutuskan hubungan emosi...bukan telepati tapi ikatan jiwa dan naluri...subhanAllah...hargailah ibu ayah baik masih ada atau telah Allah ambil kembali...
Ikatan halal yang suci...suami isteri...kalau tiada rajuk dan pertelingkahan kecil itu bukan bohong sedikit mustahil namun tidak dinafi ada pasangan yang tidak pernah rajuk apatah lagi berselisih pendapat...syabas...tempoh perkahwinan itu bukan jaminan tahu luar dalam...sudah cukup memahamikah...tanya pada diri...
Bersahabat..istilah tiada rahsia antara kita...susah senang bersama,,jatuh bangkit setia...alhamdulillah...tidak usah sekadar dibibir tapi berkerak dihati...in sya Allah ukhuwah berpanjangan...
Memahami itu satu proses yang panjang...belajar memahami sekeliling kita sedikit demi sedikit agar kita tidak tersilap sangka...buang rasa sentiasa betul pada diri kerana takut tidak boleh terima teguran apabila lakukan kesilapan...adakala kesilapan yang orang lakukan berpunca daripada salahnya diri kita...
*terima kasih ukhuwah 😊
Tags:
Santai
salam , setuju kak.
BalasPadammemahami itu satu prosess yang sangat panjang . moga moga kita selalu diberi kefahaman
Betul. Bukan senang nak saling memahami ni.. Gerak hati ibu ayah tu paling tepatttt! Hahaha tau tau je apa jadi kat kita ni alahai.
BalasPadamsetuju kak PC dengan entri ni. proses memahami adakalanya agak sukar. tapi insyallah boleh dilakukan dengan perlahan-lahan. lama2 faham lah :) Dan betul kata kak PC, tempoh perkahwinan tak menjamin samada kita faham each other atau tidak :)
BalasPadam