Ahad Yang Multi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalammualaikum..


AHAD YANG MULTI || Tengok tajuk PC ni dah macam ketandusan ideakan..dah tak tahu nak letak tajuk apa pada entri..bukan itu sahaja adakala macam tiada idea untuk berkongsi entri..lazimnya manusia..adakala seolah mencurah-curah idea datang untuk dikongsi...adakala kering kontang bak kemarau idea...semuanya atas kehendak DIA..pasti bersebab sesuatu itu berlaku...benarlah bukan mudah untuk menjana idea..tidak senang untuk menarik minat orang membaca..menerima dan menghadam setiap apa yang kita kongsikan..PC sangat bersyukur bila Allah izinkan PC berkongsi idea di mana segala ilham itu dengan izin NYA juga..dan sangat bersyukur ada ukhuwah yang sentiasa singgah ke blog PC...#TERIMA KASIH UKHUWAH..terima kasih tidak terhingga..tidak terungkap sebenarnya dengan kata-kata..

Ketika ini ada yang sedang bergurau senda dengan ahli keluarga..ada pula yang sedang menikmati hidangan di meja makan hasil air tangan ibu..isteri atau suami..saat ini juga ada yang terpaksa skip makan tengahari gara-gara mahu melunaskan tugas yang sudah menghampiri dateline..tidak kurang yang dari satu gerai ke satu gerai mencari menu yang diingini tekak untuk mengisi perut..macam-macam...eh lagi satu..ada juga ketika ini sedang berada di pusat membeli belah untuk beli keperluan hari raya..hehehehe..bila Ramadhan dah tak perlu fikir lagi katanya..fokus beribadah sahaja...elok juga sebenrnya strategi begitu...hoho..

Setiap kita dengan urusan dan agenda masing-masing..biar apa pun urusan kita jangan abaikan urusan dengan Allah juga ya..in sya Allah nanti Allah mudahkan urusan kita semula..

*terima kasih ukhuwah..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama