Garcinia atroviridis Griff

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalammualaikum..

GRACINIA ATROVIRIDIS GRIFF || Itu dia..bukan main panjang nama..mahu dua ic ni..hehe..jangan pening sebut sahaja asam keping atau asam gelugur pastinya kita tahu dan kenal...betul tak?..janganlah di tanya dengan budak baru pandai merangkak haruslah mereka tidak tahu..guna atau tidak stok asam gelugur ni mesti ada di dapur rumah kita..sebab ianya tahan lama tidak mudah berlapuk atau berkulat..nak masak mudah..namun ada yang lebih sukakan asam jawa yang perlu dibancuh dengan air tu..PC panggil asam jawa basah..PC simpan kedua-duanya kerana bergantung pada penggunaan dan jenis menu yang nak dimasak..selain untuk masakkan asam jawa boleh juga dibuat air..atau mengurangkan panas badan ketika demam..in sha Allah.

asam jawa
Asam Jawa
Google Image

asam gelugur/asam keping
Asam Gelugur/Asam Keping
Google Image

Asam gelugur >> (Garcinia atroviridis Griff) atau asam keping sebenarnya berasal dari semenanjung Malaysia..namun telah diluaskan ke negara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India..di semenanjung pula beberapa buah negeri turut mempunyai tanaman ini seperti Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Rasa daun dan bunga dalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.

KHASIAT >> Buah asam gelugur mengadungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat,vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria. Daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat,alkoloid, vitamin dan mineral.
Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan*kalau kita perasan kebanyakkan produk untuk menurunkan berat badan salah satu bahan yang digunakan adalah ekstrak Garcinia..betul tak..*, tidak selera makan dan sakit jantung.bukan setakat itu sahaja..buah, bunga dan pucuknya bertindak sebagai antioksidan dan awet muda..*wah awet muda gitu*
Sumber alam ini pastinya sangat bermanfaat kepada yang lain...kita saling memerlukan satu sama lain..
*terima kasih ukhuwah..


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Asam gelugur tu mmg dah lama tau, tapi nama saintifik tu baru je tau ni hehee... Thanks sharing PC... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah..PC jadi joyah kejap dengan rasa tak puas hati cari sebabnya kalau tengok pada produk untuk berdiet..mesti ada garnicia tu...apalah agaknya..rupanya asam.

      Padam
  2. Fuhhh, nama bukan main lagi ;)

    BalasPadam
  3. salam amboi ,berbelit belit nak sebut ^^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama