بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
APA?..JALAN PINTAS.. || GPS..WAZE..in sya Allah boleh bantu kita kalau kita tersilap jalan..klik sana..klik sini sampai..dengan izin Allah idea manusia memudahkan manusia lain untuk pantas bergerak menuju destinasi..kalau panduan atau arahan yang diberi gadjet itu silap sila bersabar..bawa bertenang bukan meradang..tdak usah juga menendang..jangan cepat berubah hijau..kenapa?..kerana ia dicipta oleh manusia..pasti ada kurangnya di mana-mana..kalau marah juga..itu normal..kan insan biasa..tapi cepat-cepat istighfar..
Sesetengah perkara ya..kita boleh mengambil jalan pintas untuk mendapatkannya..bagi sesetengah perkara lainnya kita perlu mulakan sedari awal hingga ke akhir untuk memilikinya..terpulang pada kehendak diri..bergantung pada keinginan hati dan yang paling penting tidak tolak tepi apa yang mesti dipatuhi..kalau kita cuba turutkan undang-undang dunia untuk kesejahteraan bersama makanya kita lebih-lebih lagi mesti taat pada perintah DIA pemilik langit dan bumi..

Bila kita merasa kepayahan kita akan lebih menghargai sedikit kesenangan..bila kita mempunyai pengalaman kita akan lebih tenang hadapi dugaan..dan bila kita telah berkali-kali jatuh tersungkur in sya Allah kita akan bangkit disertai rasa syukur yang sukar diukur..adakala melalui laluan yang panjang untuk memperolehi sesuatu itu secara tidak langsung memberi terlalu banyak hikmah..hikmah itu tidak datang terlalu pantas..tidak juga hilang begitu cepat..tetapi ianya muncul tepat ketikanya..
#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah
Tags:
Santai Peribadi
segalanya terpulang pada diri masing2...
BalasPadam#JMBELOG
betul :)
Padam