Cukup Pantas

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

CUKUP PANTAS || 14 Rmadhan 1437H..alhamdulillah sudah genap dua minggu kita semua bepuasa..bermakna sudah 14 harilah kita melaksanakan ibadah puasa..in sya Allah masih lagi berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi..moga Allah izinkan kita melaksanakan ibadah ini dengan mudah dan lancar.

Selamat berpuasa..selamat menyambut Ramadhan..eh sudah setengah bulan pun masih hendak ucap lagi PC..ahakk..hihi..jangan rasa pelik atau hairan..PC tidak buat silap mata pun..macam mana nak buat magic..belajarnya pun tidak..mungkin ada yang masih cukup 14 hari berpuasa..mungkin ada yang sudah berkurangan..dan ada juga hari ini merupakan hari pertama dia berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini..bagi kaum wanita mungkin baru habis pantang bersalin..kan..betul tak..atau mungkin sedang menangung alahan trimester pertama mengandung..siapa tahu..jadi tidak mustahil ini hari pertama puasa buat golongan ini..yang penting puasa yang ditinggalkan itu di"qada"kan..

Masa itu kalau dibiarkan pasti dirasakan terlalu cepat berlalunya..namun jika diisi seolah lambat berganjaknya..apa yang penting selagi boleh kita isi dan manfaatkanlah sebaik-baiknya agar ianya tidak mengikat kita pada rasa sesal yang tidak berkesudahan kelak..dua minggu ramadhan yang bakal menyusul ini pasti akan berlalu dengan pantas..percayalah..semakin kita mula sibuk berkira-kira mengatur dan melengkapan persiapan sewajarnya..ya semakin pantas ianya berlalu..

Tahun hadapan belum pasti..untuk menjadikan kita ini lebih menghargai..cuba ingatkan pada diri.."ini mungkin peluang terakhir"..apa pun yang kita lakukan..cuba bisikkan begitu supaya kita lebih tekun dan menghargainya tanpa menoleh ke arah yang lain agar tidak hilang fokus..apa yang pasti kita tidak akan dapat mengulang setiap memori yang telah terakam indah untuk sekian kalinya..malahan diri kita sendiri setiap ketika mengalami perubahan..bergantung pada kita sama ada menyedarinya atau sebaliknya.

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih di atas perkongsian. Sangat padat dan bermakna.

    Jemput ke Optom.boutique. www.optom.my berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.

    BalasPadam
  2. Wkmsalam.
    Semoga amal ibadat kita di bulan puasa ini diterima dan diganda2kan pahalanya.

    BalasPadam
  3. Sedar tak sedar, dah 2 minggu Ramadan... mmg cepat waktu berlalu... subhanallah...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama