بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
JANGAN GOYANG..ELAKKAN GOYAH || Ini bukan nak cerita pasal goyang gerudi dangdut ya..haha..amboi bila sebut goyang terus melencong ke dangdut..alahai..bila terlintas perkataan goyang ni PC teruslah teringat kuih goyang.sesetengah negeri panggil kuih ros pun ya juga..boleh buat penyamaran ni sebab ada dua nama..tak gitu..walhal kuih yang sama..mungkin sekarang lebih divariasikan pada warnanya untuk kelihatan lebih menarik dan buat kita tertarik..bukan hari raya pun kuih ini tetap menjagi kudapan apatah lagi menjelangnya hari raya pasti tinggi permintaannya..
Google Image
Ada pepatah "kalau takut dilambung ombak..jangan berumah di tepian pantai"..ini bermakna kita mesti mempunyai jati dirilahkan..kan....berpendirian..penting sangat ke?..selalu kita dengar..mesti ada pendirian..mesti ada jati diri..kalau dulu zaman sekolah bila cuti sekolah pihak sekolah mesti mengadakan kem-kem motivasi tingkatkan jati diri..maka bermalamlah dipadang sekolah..warna warni khemah..hehe..kerana "melentur buluh itu sebaiknya daripada rebung.."..bila sudah menjadi buluh takut-takut dia libas kita semula..menangis tepi tangga pun tiada siapa tahu..
Jangan goyang..elakkan goyah..bulatkan hati..dalam apa pun keputusan yang hendak kita lakukan sebelum minta pendapat orang lain minta dulu pandangan Allah...bertalian hayatlah dengan Allah..merayulah moga diberi petunjuk..diberi ketguhan hati untuk memutuskan sesuatu keputusan..supaya kita perolehi ketenangan jiwa dan fikiran..baik sebelum mahupun selepas membuat keputusan..
Daya tahan...tidak semua suka pada apa yang kita lakukan..tidak menjadi masalah pada yang sentiasa menyokong pada setiap susah dan senang namun yang menjadi racun adalah sentiasa membantah pada setiap kejayaan,kesenangan dan kegembiraan orang lain..oleh itu kita rawat dengan daya tahan yang paling maksimum dari segi mental dan emosi..in sya Allah racun akan menjadi tawar sedikit demi sedikit..ameen.
#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah
Tags:
Santai Peribadi
salam sedap kak !
BalasPadam