بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
JANGAN HANCURKAN || Selamat petang ukhuwah..alahai tengah sibuk di dapur ya menyediakan hidangan berbuka untuk diri sendiri atau ahli keluarga..alhamdulillah..dalam setiap air tangan penuh kasih sayang dan keikhlasan itu tersirat banyak hikmah dan keberkatan..alhamdulillah..alaaaaa..hari ni tak masak...gantung segala periuk belanga..macam mana??..sobs..sobs..sobs..dah jangan risaulah...
Kalau tidak memasak pun..beli juadah di bazar Ramadhan tidak menjadi satu kesalahan besar pun..tak adanya polis datang tiba-tiba terus gari gara-gara tidak masak juada berbuka..bila makan sama-sama itu juga ada keberkatannya..walaupun cuma juadah yang dibeli..atau makan diwarung..restauran dan seangkatan dengannya..sesekali ubah selerakan ^^
Lemah dan letih..bulan Ramadhan ni sering dikaitkan dengan rasa tubuh yang lemah..letih..lesu..semualah..ya itu fizikal kita..kadang mental dan emosi kita pun terheret sama..sebab itu dalam bulan ramadhan tidur seketika pun dapat pahala kan..kan..janganlah bantai tidur dari lepas sahur jejak ke azan maghrib dik non..bangkit pun merangkak nak solat zuhur dan asar..alahai..apa kena..jangan ya..kecuali memang betul-betul la tidak sihat tapi masih mahu meneruskan puasa..itu ada kelonggaran juga..
Tapi awas...nafsu yang tidak berantai itu kadang seolah makan ubat kuat berguni-guni..sihat lagi kuat dia..menghasut mata untuk sentiasa melihat jam..menghasut hati untuk membeli yang sangat banyak..menghasut fikiran untuk mencari idea yang bukan main-main..jadi jasad yang lemah itu pun terpengaruh sama..jangan hancurkan lapar dan dahaga seharian yang kita lakukan..jadikan niat itu sebagai benteng untuk kita teguh menjaga dan mengawal apa yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan..baik sengaja atau sebaliknya..
#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah
Tags:
Santai Peribadi
Kalau ikutkan nafsu, semua jenis makanan jual kat bazar tu nak diangkut bawak balik. Huhuuu. Tapi kalau nak diikutkan masa berbuka tu, murtabak satu pun dah cukup mengenyangkan..
BalasPadamPandai adik akak ni..betul..setuju...setakat ni akak tak pergi lagi bazar..suami balik kerja terus singgah..akak pesan jangan rambang mata..memang masa lapar semua sedap...*kadang terbabas juga..macam-macam dibelinya*..hakikatnya berbuka ni mesti nak lebih minum je..
PadamMmg jadi kebiasaan klu ke pasar Ramadan pasti tak banyak sikit ada makanan yg tak dirancang terbeli juga huhu... :)
BalasPadambetul..itulah yang berlaku pada suami PC,,hihihihi..kadang sebelum dia balik kerja tanya PC nak makan apa..tapi sampai rumah boleh pulak beranak pinak juadah yang dibeli..hihihihihihi :)
Padam