Mewahkan Istana Rahsia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

MEWAHKAN ISTANA RAHSIA || Bila kita tengok istana besarkan?..tersergam indahkan?..wow..wow.wow..alhamdulillah..Semua orang ada istana masing-masing..percaya tak..semua orang ada kediaman masing-masing tidak kiralah apa pun pangkatnya sekarang..berapa pun nilai gajinya hari ini..walau apa pun akademik tertinggi yang dimiliki..

Hari ini kalau kita sedih kerana atap bumbung rumah kita bocor..tidak mengapa..perbaikilah sedikit-sedikit..kerana ada yang tidur berbumbungkan langit..bila cat rumah kita kian pudar bersabarlah kerana ada orang yang rumahnya tidak pernah bercat pun..bila kita rasa rimasnya dek bahang haba bersabarlah kerana ada yang sedang gigil menahan kesejukkan dan harapkan kehangatan..*jangan disambung dalam hati asmara..ini bukan kehangatan asmara*..pandanglah kekurangan orang lain untuk didik diri kita menjadi lebih bersyukur bukan sebaliknya menjadi riak,ujub dan takbur..

Hendak membantu kurangkan minat untuk mengetahui riwayat kehidupan orang yang ingin kita bantu kerana takut-takut kita terpengaruh dan membantutkan niat baik tersebut.Bantuan itu seperti juga rezeki boleh hadir dan dihulur dengan pelbagai cara dalam pelbagai bentuk..asalkan kita rasa gembira untuk melakukannya dengan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi itu sudah mencukupi..alhamdulilah..

Bantuan tidak semestinya dengan orang luar..kalau kita mampu untuk membantu ahli keluarga terlebih dahulu..mulakan dengan langkah pertama itu..siapa tahukan rezeki kita bertambah kemudian hari itu juga cara membolehkan kita untuk mengembangkan bantuan kepada orng disekeliling kita pula..

Pahala itu tidak Allah nampakkan kerana kita bakal melihatnya diakhirat menghiasi istana kita di sana kelak..semakin banyak kebaikkan yang kita lakukan semakin mewah istana rahsia kita..sebut memberi bantuan itu mudah tapi tidak semudah untuk kita lakukannya..mulakan sikit-sikit..bukankah mendoakan itu juga bantuan..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam.
    Sucikan rezeki dengan bersedekah sebahagian dpdnya.

    BalasPadam
  2. besar atau kecik istana kita bersyukur lah kan kak.. Janji ada tempat berteduh.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Lea..bersyukur apa adanya itu di dunia tapi usahakan bersungguh untuk istana akhirat :)

      Padam
Terbaru Lebih lama