Tengok Dan Dengar Dulu Soalan Baru Jawab

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TENGOK DAN DENGAR DULU SOALAN BARU JAWAB || Ini kes rindu zaman sekolah ke PC..hihi..aahlah..dulu masa sekolah bebel bila cikgu bagi kerja sekolah banyak..bebel bila hari cuti kena datang sekolah sebab ada gotong royong lah...kokorikulum la...*zaman jahil ni..masa tahu pergi balik sekolah nak pandai..belum ubah niat lagi menuntut ilmu itu ibadah...bila dah tahu seronok sahaja pergi sekolah walau bahu senget sebelah..balik sekolah naik bas berasak-asak..yang lelaki tak tahu nak mengalah..jentik dahi tu baru tahu..hihi*..

Dulu..sudah pun berlalu..dan sekarang PC masih lagi terus belajar..babah dengan mama pesan..belajarlah selagi berdaya..belajar melalui kehidupan  yang dilalui kini menjadi hamba Allah..seorang anak..anak menantu..isteri..kakak ipar..biras..dan ibu*bila tiba saatnya nanti..doakan ya..ameen*..untuk mengutip ilmu sepanjang perjalanan kehidupan ini tidak semestinya sentiasa menggalas beg dibahu..kerana pengalaman itu sukar dijangka hadirnya..baik..buruk..manis mahupun pahit ia tetap bersilih ganti menghulur salam buat kita..dan kitalah yang mengolahnya agar intipatinya kembali kepada kita agar dapat dimanfaatkan..in sya Allah.. ^^

Rasa ingin tahu yang tinggi*fikir positif walau tahu niat dihatinya*..itulah punca berjenis soalan bakal timbul..soalah cepucemas..soalan sinis..soalan cover yang pada hakikatnya nak tunjukkan si penyoal itu hebat..ada macam macam jenis..ok sebelum kita jawab setiap soalan itu dengan penuh budiperkerti yang tinggi..dengan rasa sabar dan rendah hati..dengan tidak bertentangan dengan adab dan menunjukkan kerendahan akhlak diri..sangat penting untuk kita buat persediaan mental dan emosi...kalau boleh janganlah masukkan fizikal..maklumlah perlu juga jaga tertibkan...hihi.. ^^

Tengok dan dengar dulu soalan baru jawab...PC lebih suka menggunakan pendekatan tunggu dan lihat..tunggu soalan dan lihat siapa yang memberi soalan pada PC...biasanya kita boleh agak dan rasa siapa yang rajin serang kita dengan soalan-soalan terlebih bernas..bila sudah tahu pastinya kita kenal dan boleh tahu lingkungan umur..ini sangat penting dalam memberi maklum balas kembali..*amacam sopan tak PC..walhal mata putih dah timbul urat merah..degupan jantung mengalahkan kuda gila berlari..kihkihkih*..

Bila makcik-makcik yang rajin kumpul soalan berjela tercatat dihati dan mindanya sedang asyik tunggu masa..peluang dan ruang untuk temuramah PC*ramah melampau*..walhal semuanya soalan klise..alah soalan macam wartawan melodi tanya tu..eh dah berapa lama kahwin??...kenapa belum mengandung lagi?...dah ada isi ke?..tak kerja ke?..ko duduk mana?..rumah beli sendiri ke sewa?..ha kan...sajalah tu tanya dikhalayak ramai..suara kuat-kuat..nak tengok reaksi PC...kihkihkih...PC??..*senyum lah dulu..alhamdulillah..makcik..doakan untuk saya ya..makcik ada doakan saya kan..betul tak..sebab makcik sayang sayakan..kalau ada terima kasih..siapa tahukan antara banyak banyak doa..doa makcik yang Allah pilih..ameen..*..ingat hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..jangan kita suka mempertikai kerana kalau asyik mempertikai bererti kita mempertikai kekuasaan Allah juga.

Lepas satu babkan..kan..kan..habis kalau kawan-kawan yang tanya..sama ada yang lebih tua sedikit atau muda sedikit yang bertanya soalan yang serupa macam mana PC jawab..*macam biasalah senyumlah dulukan..alhamdulillah..hihi..eh awak percaya rukun iman tak?..yang keenam..percaya qada dan qadar..zuriat atau apa sahaja rezeki untuk kita setelah diusahakan itu juga qada dan qadar Allah tau..kenapa kita nak rosakkan iman kita dengan mempertikai apa yang bukan dibawah kekuasaan kita..Allah boleh beri dan Allah boleh ambil..jadi jaga amanah Allah yang DIPINJAMKAN pada awak..tidak khusus pada anak sahaja ya..tapi untuk keseluruhan yang awak dan saya miliki sekarang..sekarang..esok belum tentu*..adalah lebih baik kita fokus untuk perbaiki diri daripada kita fokus mencari kelemahan orang lain dan mengaibkan mereka..kerana sakitnya awak yang bakal tanggung sendiri..

Bila kita rasa berjaya dan puas bila mampu menampakkan kekurangan orang lain..berhati-hati kerana lebih mudah untuk kamu buka aib sendiri..lebih mudah kamu lakukan kesilapan dan lebih mudah kamu berasa sakit hati..ketenangan itu akan kita perolehi bila kita mula belajar untuk sentiasa mendoakan kebaikkan untuk orang lain..apabila kita sentiasa menjaga dan menjahit rapat aib sesama sendiri..tiada istilah gurauan jika ianya melibatkan maruah orang lain..tiada istilah saja-saja dalam melibatkan agama orang lain juga..jawablah dengan penuh hikmah selagi boleh..sebab kita sendiri pun mengharapkan orang menjawab soalan kita dengan penuh hikmah..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum PC

    Kadang2 kita boleh memilih untuk tidak bersuara kan
    Senyum aje. Alah bisa tegal biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam FR..
      Betul..sebenarnya itu yang boleh buat mereka tersentak sendiri.. :)

      Padam
  2. Singgah sini kak PC. Suka baca hasil penulisan akak mendalam, bermakna. Teruskan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih AAA...kerana sentiasa menyokong..tapi entri kali ni over panjang pulak... :)

      Padam
  3. Assalamualaikum kak pc..

    Moga akak terus tabah menjalani kehidupan ni dengan pelbagai soklan yg ditanya.. Moga akak diberi rezeki yang luas seluas-luasnya dalam apa bentuk sekali pown..

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Lea...ameen...untuk akak malahan untuk Lea dan kita semua..Allah luaskan dan gandakan nikmat untuk kita..dan kita terima dengan rasa kesyukuran :)

      Padam
  4. Doa itu senjata paling mujarab kan... itulah antara tugas kita utk saling mendoakan kebaikan sesama insan dan jngn sesekali mempertikaikan kekuasaan Illahi walaupun dlm bentuk perbualan dan pertanyaan... nauzubillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...cuma terkadang kita lupa apa yang pada kita pun semua pinjaman sementara namun dijadikan alasan untuk membeza beza walhal kita hanya berusaha lebihnya Allah beri dengan izinNya..

      Padam
  5. Pelbagai soalan ditanya kak. Siqah pun berhadapan dengan soalan yang sama. Siqah hanya jawab tiada rezeki lagi. Malas nak panjang lebar 😢 insyallah kak PC, moga kita dapat merasa mengandung dan menjadi seorang ibu kelak. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...cuma tulah kadang semakin kita diam semakin diprovoks..tapi tak apalah Allah yang pilih kita..alhamdulillah..moga kita diberi kesempatan yang dinanti..ameen =D

      Padam
Terbaru Lebih lama