Bukan Waktunya Balas Dendam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

BUKAN WAKTUNYA BALAS DENDAM || Syukur..bangkit..solat subuh..ziarah pusara saudara mara..mandi sunat aidilfitri..kemudian majoriti kaum adam lazimnya pergi menunaikan solat sunat aidilfitri..inilah rutin sebahagian besar kita umat Islam di pagi syawal..bab yang paling syahdu adalah ketika sesi saling bermaaf-maafan sesama ahli keluarga terutama ibu bapa..Allahu..air mata yang mengalir bukan dipaksa-paksa..tidak ada juga kepala paip dihujung kelopak mata..semulajadi ia datang daripada dasar hati..Allahu..

Menerima kunjungan tetamu itu sudah menjadi satu kemestian..tidak kiralah kunjungan saudara mara atau jiran tetangga...inilah masanya beramah mesra..bergurau senda..bermaaf-maafan setelah puas saling mengumpat dan mengata satu sama lain..*eh..krik...krikk*..hihihi ^_* disamping bertukar-tukar nama kedai tempat beli baju raya tahun ini..gitu..dua dalam satu..apa salahnyakan..

Juadah dan kuih muih...tidak sah rasanya kalau tidak disediakan hidangan dipagi syawal..ketupat,lodeh,rendang,kari ayam,kuah kacang..ketika inilah kita boleh lihat meja beranak pinak..maklumlah satu meja tidak cukup untuk menampung menu yang disediakan..asalkan tidak sampai ke tahap membazir itu cukup baik..bukan waktunya balas dendam...siapa tidak suka melihat juadah yang pelbagai yang hanya terhidang ketika syawal sahaja lazimnya..mahunya tidak teruja..tapi waspadalah..kesihatan juga perlu di ambil kira..makanlah berpada-pada..

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama