Jangan Dihabiskan Semua Tenaga

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN DIHABISKAN SEMUA TENAGA || Kudrat kita tidak seberapa sebenarnya..rasa letih itu biasalah..penat..malas..memang ada pada setiap daripada kita..PC langsung tidak terkecuali pun..mengantuk apatah lagi..itu normal bagi kita..awak makanlah vitamin untuk kecergasan sekalipun rasa mengantuk itu tetap datang..*bukan PC perkecilkan vitamin ya..sila jangan silap sangka ok,,PC pun makan vitamin juga..pun ada mengantuk juga..tu yang berani cakap*..awak gigih buat senaman..untuk kesihatan sampai masa tubuh itu tidak sihat akan sakit juga..apa yang kita lakukan sekadar usaha..semua atas izin dan kehendak DIA juga..usaha-doa-tawakkal..pasti bersebab mengapa usaha itu didulukan.. ^^

Hujung minggu begini bila ada kelapangan..ibu ayah tidak bekerja..anak-anak tidak bersekolah..ini waktu terbaik untuk keluar mungkin untuk membeli keperluan yang sewajarnya..tambahan raya dan semakin hampirkan..amboi..lagi-lagi bila shopping dengar lagu rayakan..kemain ikut nyanyi..jangan pergi rasa kuih raya sudah la ya..kot ya pun ABC sila cover sikit.. ^^,,ada yang lebih gemar keluar berbelanja pada waktu siang..tidak kurang yang memilih berjalan-jalan pada waktu malam..terutama selepas berbuka puasa dan selesai solat maghrib..

Solat maghrib itu permulaan hari baru untuk kita..pertukaran siang kepada malam,ya waktu maghrib itu sempadan  untuk kita melangkah ke hari baru..di bulan ramadhan ini lazimnya kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan khususnya membenarkan kakitangan awam untuk datang kerja lebih awal begitu juga dibenarkan pulang awal..selain memberi kelonggran untuk menyediakan juadah berbuka ambillah kesempatan ini untuk persediaan di malam hari..agar boleh lebih fokus pada ibadah..jadi,jangan dihabiskan semua tenaga di siang hari..berpada-padalah.

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. saya suka tido siang hari puasa-puasa ni PC haha. memang betul save tenaga tu hehe.

    btw, terima kasih utk nasihat akak :)

    BalasPadam
  2. Memang letih lah PC siang hari.. Hihi.. Kena save tenaga jgk ;)

    BalasPadam
  3. Sekarang ni cuaca panas pun agak lain macam bahangnya... mmg kena save energy..

    BalasPadam
  4. save energy itu perlu. tambag lagi sekarang cuaca panas.. tak nak lemah di petang hari pula..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama