بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
TIDAK PERNAH TAHU CARA SEBENAR || "Cara mengikat tali ampaian"..inilah yang tetamu cari di blog PC.. alahai..pengsan mak nakkkk!..baik di kampung atau sudah berkahwin ini pun sebenarnya PC tidak pernah tahu cara sebenar ikat tali ampaian..mungkin ada cara ikatan yang khusus tapi PC tidak tahu...biasanya belit sana..belit sini asal yakin baju yang di sidai selamat tersidai tidak menyembah bumi hingga kering itu sudah besar nikmat dan syukur selalu...kecuali tertidur..hujan lebat..atau keluar rumah panas terik..balik hujan lebat baju akan kesejukkan diampaian*basah kena hujan la jawabnya*..ha itu kes terpencil..hihi..
Mungkin cara ikatan ini boleh digunakan untuk ikat tali sebagai ampaian..
Google Image
Masa jadi ahli Puteri Islam ada juga belajar pelbagai cara ikatan..bukan main khusyuk belajar..lulus praktikal..lulus ujian...tapi sekarang suruh buat...yakin lagi pasti sangat ke-tidak-boleh-annya..lupa semua..*banyak sangat lagha..banyak sangat buat dosa..ilmu pun cabut lari*..
Bila balik kampung ampian biasa itulah jadi pujaan hati...tak kisahlah cabang berapa pun..tak kiralah berapa tali atau dawai yang diikat pun..dari tiang ke tiang..sambung di batang kopi pulak..ehhh...tak cukup sambung lagi ke pokok kelapa..tapi itu yang seronok...nak basuh cadar..nak basuh selimut..gasak situ...larat dengan tidak sahajalah..itulah salah satu keseronokkan di kampung keluasan kawasan..
Hendak jimat tempat dan ruang..apa lagi inilah jadi pilihan..alhamdulillah..syukur..
Google Image
atau
Google Image
Tidak tahu ikat tali untuk ampian yang sebenar itu masih boleh dimaafkan..jangan sampai tidak tahu basuh baju takut kena seligi dengan mak mertua nanti..*eh dobi kan ada*....sampai bila!?..kikikiki ^^
#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah
Tags:
Santai
Haha. Kreatif betul org skarang. Sampai cara ikat tali ampaian pun google je. Sama dgn sayalaa tu. :p
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamSekarang dh banyak alat ampaian baju yang boleh kita beli.
Boleh lipat2, siap ada roda lagi.
Kalau kt kampung ni ikat tali dari pokok ke pokok aje.
Kalau bab ikatan ni mmg bnyk dah lupa... main ikat mcm ikatan tali kasut je, tak pun ikat simpul mati terus hehee.. :D
BalasPadam