بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
GOYANG!?? || Kudrat kita hakikatnya tidak segagah mana..kerana kita insan biasa..ya PC juga insan biasa..namun dengan izin Allah langsung tidak ada yang mustahil,,ya itu juga hakikat yang mesti kita terima.Bila kita melihat sedikit kelebihan pada insan lain,sama-sama meraikan selagi kelebihan itu tidak dilebih-lebihkan mahupun ada yang tertindas dan nampak menindas.Manakala yang biasa-biasa jangan pandang hujung mata,mungkin dia lebih baik daripada kita malahan lebih baik pada pandangan Allah..selagi dia tidak cuba memusuhi dan mencetuskan onar pada kita.
Pendirian umpama tulang belakang.Seperti juga akar,kukuh akar mencengkam bumi in sha Allah teguhlah seluruh pokok tersebut.Sesekali goyang dek kencangnya angin itu lumrah.Bila asasnya mantap,jangan khuwatir akan baik-baik sahaja.Buah gugur?..daun gugur?dahan patah?...angin bukan asbab..sampai ketikanya tetap akan gugur juga..atas izin dan kehendak DIA.
Ada masa kita rasa tersangatlah lemah..ada ketika kita seolah disuntik dengan semangat yang seakan tidak terjangka,,yang paling tidak seronok ada kala kita seolah goyang dengan dugaan dan pedihnya ujian dunia.SubhanAllah..moga bila mana kita rebah,rebah itu tidak menjerumuskan kita ke lembah yang merugikan..
#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah
Tags:
Santai
Nieyl singgah petang :)
BalasPadam"Bila asasnya mantap,jangan khuwatir akan baik-baik sahaja" dengan izinnya pasti akan baik. Sesekali goyang @ rebah takpa, yg penting bangkit semula.. :)
BalasPadamhidup ini pelbagai rasa yg mengganggu jiwa n emosi
BalasPadamrenungan sejenak.sertai segmen ucing nak bloglist (^_^)
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamKita kena terima hakikat kudrat kita ada batasannya.
X semua hasrat kita dapat dicapai.