بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
APA PUN TERIMA || Tidak semudah bercakap..PC akui sangat sukar untuk kita hadam satu-satu perkara yang agak berat untuk hati dan fikiran terima lebih-lebih lagi jika yang berlaku itu tersasar daripada apa yang diharapkan..
Kenapa harapkan A tapi dapatnya B..usahanya kita..doa pun kita..tawakkal juga kita..tapiiiiii..hakikat sebenar A itu tidak lain dan tidak bukan Allah SWT yang paling terbaik menentukan..jadi jangan terkejut kalau tidak A dan bukan B juga yang kita dapat,sebaliknya C..pada kita C itu corot..tapi bagi Allah C itu cemerlang untuk kita..begitulah kehidupan.. 😊🙆🙌
Google Quote
Tahniah untuk semua...hari ini keputusan UPSR diumumkan..apa pun keputusan yang diperolehi..acik PC doakan kalian tetap bersemangat untuk terus mengorak langkah menjadi insan yang teguh pendirian dan kental hatinya..kalau hari ini kamu berasa rebah..tidak mustahil esok kamu boleh bangkit dan berlari..andai hari ini kamu mampu tersenyum gembira kerana usaha membuahkan hasil..bersyukur..jaga-jaga kerana silap percaturan takut terluka..
Letakkan Allah itu sentiasa A dihati kita..inshaAllah..bantuan itu tiba tanpa diduga..
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah
Tags:
Santai Peribadi
Wkmsalam.
BalasPadamUPSR baru langkah pertama
Banyak lagi rintangan yang terpaksa ditempuh.
Betul tu Pakcik WP :)
PadamGagal sekali bkn bercerita gagal selamanya...
BalasPadam*gagal sekali bkn bererti gagal selamanya....
PadamTepat tu CikLa :)
Padamjauh lagi perjalanan
BalasPadamUpsr baru lngkah pertama. Don't give up. ☺☺
BalasPadam