Bila Semuanya Nak....

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

BILA SEMUANYA NAK...
Kaya..usaha gigih siang malam,keluar subuh pulangnya malam..betul caranya disukai seluruh alam,silap percaturam merudum tenggelam..cepat-cepat bangkit mengenal kalam Tuhan.

Bila semuanya nak...
Menang..aku hebat kau hebat..eh dia dan mereka juga hebat..sana sini sungguh sungguh berdebat mahu bukti siapa lebih hebat hingga terlupa Allah itu lebih hebat dan kuat..tulus niatnya pasti mendapat berkat bersimpang tujuannya disana silakan menjawab.

Bila semuanya nak...
Pangkat..apa tujuan asalmu..silap guna bakal merempat mungkin tidak di dunia tapi mungkin juga di akhirat..betul memanfaatkannya pasti selesa dan selamat kerana doa-doa sentiasa mengelilingimu.Ingat,pangkat tidak pernah membentengmu dari ajal dan hisab.

Namun yang  ini pastikan kita semua nak..
Biarpun hidup sederhana di dunia,moga mewah di akhirat hendaknya..walau tidak ramai yang mengasihi di dunia,moga kasih sayang Allah melimpah ruah di syurga buat kita,,biarlah hidup mati dalam Islam dan keimanan..dan....dan...dan...syurga itu singahsana abadi untuk kita.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ada benda kita tak dapat semuanya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kerana kita ini insan yang sangat biasa-biasa...

      Padam
  2. Penuh makna kak pc... Yg terakhir paling rare... MOga sama-sama kite tujui jalan yg satu itu..

    BalasPadam
  3. Dalam mengejar semua yg kita nak pastikan akhirat di hati... moga kita semua sentiasa di jalan_NYA... tq sharing PC..:)

    BalasPadam
  4. Wkmsalam.
    Kta hendakkan kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama