بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
Google Image
BANGKITLAH || Bila jatuh segera bangkit biarpun lukanya begitu parah.Sekiranya tidak berjada untuk bangkit sendirian..cari dan mintalah bantuan yang dirasakan mempu membantu untuk diri gagah bangkit kembali.
Google Image
BANGKITLAH..segera sedar..dunia ini bukan satu daerah untuk beristirehat yang terbaik..sebaliknya satu persinggahan untuk bertungkus-lumus mengumpul seberapa banyak kebaikkan..agar boleh menampung perjalanan kita di sana kelak..🍒Perdu Cinta🍒
Tutup ruang dan peluang. Hakikatnya kalau hendak dibandingkan mana yang lebih banyak atau ramai disekeliing kita..yang mahu melihat kejatuhan kita itu lebih ramai berbanding yang berlapang dada bersama-sama mahu meraikan setiap kejayaan mahupun kegembiraan yang kita kecapi biarpun kecil dan hanya sedikit.Justeri kebangkitan kita itu menutup ruang dan peluang untuk mereka terus menyakiti.
Bukan masa dan tempatnya.Dunia bukan tempatnya kita rasai dan nikmati kebahagiaan terlampau..dan bukan masanya juga bersenang lenang yang keterlaluan..bukan..hakikatnya cukuplah rasa bahagia di dunia ini cukup dirasai bila membahagiakan seperti yang disyariatkan.
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Motivasi
Sebenarnya semakin lama berada dipersinggahan sementara ini semakin terasa banyaknya bekal kena gali dan cari. Takut tak lepas di sana PC.
BalasPadamBetul kak..sangat bersyukur bila Allah beri lagi peluang untuk bernafas di muka bumiNYA ini...namun di sudut lainnya berasa takut..takut lebih banyak dosa yang terhimpun berbanding pahala yang dikumpul..
Padamtq PC ingatkan ni :)
BalasPadam:) alhamdulillah sma-sama cikkyra
Padamthanks PC kekadang kita yang alpa masih mampu berehat dan bersantai
BalasPadamsedangkan waktu untuk kita semua "kesana" semakin hari semakin hampir..
Betul kak...PC tak nafi..PC sendiri sering lagha walau tahu hakikat ajal semakin mendekat..astarghfirullahaalaazim..
Padambetul tu pc.. dunia ini sekadar singgahan.
BalasPadam