Banyak Rasa Tidak Boleh Disukat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BANYAK RASA TIDAK BOLEH DISUKAT.. || Kalau suhu boleh disukat dengan termometer.Kalau berat boleh dinilai dengan kilogram.Begitu jugalah jarak dikira dengan kilometer dan sebagainya yang seangkatan..tetapi itu yang praktikal..tidak pada sesuatu yang halus..yang membabitkan emosi..



Banyak Rasa Tidak Boleh Disukat

Google Image
Bila ditanya,,ya mungkin kita boleh menterjemah begitu begini..yang mendengar boleh mentafsir dengan kehendak dan selera sendiri..namun sedarkah kita sebenarnya apa pun rasa-rasa dijiwa tidak mampu untuk kita sukat dengan kadarnya..melainkan dengan pengetahunNYA sahaja..🍓Perdu Cinta🍓

Rahsia. Sudah katanya rahsia..maka rahsialah ianya,hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui.Bila marah kita boleh luahkan dengan kata-kata..tunjuk dengan tindak balas..tunjuk penumbuk pun tahu dah marah sungguh tu..itu belum lagi jeling-jeling..begitu juga bila gembira atau pun sedang berasa suka..kadang tak perlu beritahu pun orang boleh tahu.Apa yang ktia lihat setiap espresi itu sekadar itulah..namun kadar marah dan gembira itu tidak mampu untuk kita kira kadarnya.

Boleh dan tidak boleh.Rasa itu boleh dirasa tapi tidak boleh dilihat..sejauh mana pun kita berusaha untuk menterjemahnya dengan kata-kata..rasa itu sangat sukar diselami..rasa itu nikmat..bila ada rasa itu tanda masih hidupnya jiwa-jiwa.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu, perasaan mmg tak boleh disukat ukur, hehehe, saya sgt tidak percaya dgn istilah sayang dengan adil :P

    BalasPadam
  2. Pesanan yg sgt bagus kak. Setuju emosi tidak dapat diukur dan juga rahsianya mungkin satu hikmah. sama2x la kita doakan yg terbaik kepada semua. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama