Letakkan Diri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LETAKKAN DIRI..Berbicara itu mudah,,ya..begitulah resamnya.Bukan sahaja kerana lidah itu tidak bertulang dan berangka tetapi juga kerana dosa itu tidak terlihat.Berbicara dengan pengalaman berbanding berbicara sekadar umpama melepas batuk ditangga jauh ketara dan asing bunyinya.Silap-silap bukan menyembuhkan luka dan lara orang lain sebaliknya menambah racun dan bisa pada luka yang masih merah berparut..sebolehnya janganlah.


Andai mahu melihat terangnya cahaya..beradalah ditempat yang paling gelap.Bila terasa mahu menghayati kegelapan,berdirilah ditempat yang paling terang..untuk lebih menghargai setiap pemberian adakala kita perlu latih diri untuk berada pada zon yang kita sendiri tidak selesa berada di situ..jawapan akan ada..inshaAllah🍒Perdu Cinta🍒
Hormati.Belajarlah untuk menghormati.Tidak kiralah siapa pun dia..dan siapa pun kita.Andai kita sendiri tidak rela untuk disakiti..mengapa perlu kita sengaja menyakiti orang lain yang sebenarnya kita bakal sama-sama kembali ke dunia yang serupa.Dunia dan alam yang tidak seorang pun akan terlepas dengan hisab. 

Ambillah waktu.Sesiapa pun,ambillah waktu.Sendiri.mungkin juga selepas salam yang terakhir.Muhasabah diri.Minta panduan Ilahi.Percayalah tidak rugi malahan kelak bukan sahaja sesama insan mengasihi malahan Allah akan mencintai.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

22 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SETELAH KEHILANGAN SESUATU PASTI AMAT KITA RASAI NIKMAT KEHILANGANNYA.

    BalasPadam
  2. Insha Allah Kak PC, thanks for a good advise.. =)

    BalasPadam
  3. terima kasih PC atas nasihat yang mendalam ni :)

    BalasPadam
  4. Betul tu PC. Terima kasih atas kata2 tu :)

    BalasPadam
  5. Perlu ada rasa empati selain simpati.

    BalasPadam
  6. Itulah selalu dikatakan syukuri nikmat yg 5 sebelum datang yg 5.
    Jgn dah hampir dtg yg lima baru teringat yg lima sepatutnya dibuat dulu tapi dah terlewat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...cuma terkadang 5 yang awal tu mula tersedar peri pentingnya setelah 5 yang kemudian itu datang...moga sempat dan Allah redha.. :) amin.

      Padam
  7. yup.
    ingat sesuatu yg lebih buruk dari pe yg kita ada.
    kita akan bersyukur...
    in shaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu je salah satu cara nak buat kita sentiasa ingat dan rasa bersyukur... :)

      Padam
  8. smoga kita lebih mengahargai setiap pemberiannya :)

    BalasPadam
  9. Deep :) Ayat yang penuh makna tersirat :)

    BalasPadam
  10. Sebaik-baiknya kita hormati satu sama lain.
    Walaupun kita ni "seseorang" di dunia ni, tapi pengakhirannya nanti sama juga :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama