Moga Terus Mengalir Deras

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

Moga Terus Mengalir Deras
Sumber : Google Image

MOGA TERUS MENGALIR DERAS || Alhamdulillah Jumaat pertama di tahun 2017,syukur..terjemahkan rasa syukur kita dengan niat,ungkapan dan tindakkan atau perbuatan.Sepanjang hayat kita pasti telah banyak nikmat yang Allah pinjamkan.Tiada peluang pun untuk kita dustakan..dah beria-ria merasai nikmat kemudian nak dustakan?..amboi..janganlah begitu.

Kaedah dan jalan terbaik..banyak cara bagaimana Allah mahu menarik PC untuk lebih mendekatiNYA.Rasa dah dekat tapi belum cukup dekat,ya,Allah turunkan ujian lagi..dah dekat tapi belum cukup erat,,ya ujian menghampiri lagi..pengajarannya...kadang untuk melatih hati hamba-hambaNYA supaya sabar dan redha ujian yang sama atau lebih berat diberikan..lama-lama PC mula sedar..apa sebenarnya yang harus dilakukan..apa sebenarnya mesti diubah dan berubah..kerana daripada Allah tiada yang sia-sia.

Tidak seia..tidak juga sekata..bicara PC adakala tidak seiring hati,lain dimulut ya lain dihati..lazimnya terjadi bukan berbasa basi untuk berdusta tapi lebih kepada menjaga hati,memelihara maruah sekeliling insani..dalam sesetengah situasi ibaratnya untuk mengeruhkan air,setitik nila dan lumpur sudah mencukupi namun untuk menjernihkan air seharian pun belum tentu mampu melakukannya.Adakala jernih,baunya tetap ada,masinnya tetap terasa dan keladaknya masih kelihatan.Menutup aib itu lebih baik kalau tidak mahu kita tercela dihadapan Allah kelak.

Sentiasa mengharap..adakala kita sendiri atau mungkin sentiasa mengharapkan bantuan dan keperihatinan sekeliling untuk mendapatkan sokongan.Tapi sifatnya insan yang mudah bosan itu bakal menimbulkan banyak helah.Sebolehnya harapkan bantuan  daripada Allah SWT terlebih dulu,insyaAllah akan nanti Allah hantar siapa yang sebaik-baiknya untuk membantu..moga terus mengalir deras dosa-dosa kita setelah kata-kata taubat dilafaz,moga mengalir deras juga rezeki yang mendekat dengan izinNYA.

Bila matlamatnya SYURGA maka dosa yang perlu disingkirkan..bila kita inginkan sesuatu cukup minta diluaskan pintu-pintu rezeki kerana rezeki itu ada pelbagai bentuknya..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama