بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
PANDANGAN YANG BAGAIMANAKAH || Allah SWT kurniakan sepasang mata yang cukup indah dan unik..untuk melihat.Jangan pernah lupa Allah juga kurniakan satu lagi mata untuk bantu kita melihat dengan lebih mendalam..mata hati..kehebatan yang sangat luar biasa untuk kita hamba..alhamdulillah.Lain orang lain caa..berbeza pandangan dan cara memandang juga.
Sumber : Google Image
Pandangan bernas..berlawak jenaka itu perlu..sesekali ianya menjadi terapi pada jiwa dan minda yang mungkin sedang sarat dan sesak dengan masalah atau perkara-perkara yang mungkin berat untuk digalas..namun pastikan ianya bersesuaian dengan waktu dan tempat..bagi yang sudah terbiasa dengan lawak jenaka biarpun ianya jenaka namun saat pandangan bernas diminta sila berikan..
Pandangan peribadi..berfikiran terbuka itu bagus..malahan tidak salah pun..yang akan menjadi kesalahan bila terlalu terbuka hingga seolah tidak mahu tutup apa yang wajar ditutup..dan sembunyikan apa yang mesti disembunyikan..sensitiviti perlu dijaga..kerana kita berada dalam komuniti bukan hidup bersendirian..suara kita..pendapat kita..didengari dan ada yang berminat untuk ambil tahu..oleh itu berjaga-jaga.
Pandangan kosong..bahaya..tanya senyap..tak tanya lagi la sepi..tak beremosi...atau dikuasai emosi...macam tidak peduli tapi rupanya lebih pantas daripad keyboard worrior pantasnya menyebar maklumat..itu tidak mengapa lagi..lagi ngeri kalau tiba-tiba ketawa mengilai-ngilai..kaki tidak jejak ke bumi..
Pandangan sinis..janganlah,sangat menyakitkan sebenarnya apabila tanpa diketahui sebab mamberi pandangan sinis..tahu atau tidak kisah disebalik sesuatu perkara atau kejadian itu..sebolehnya cuba elak untuk memberi pandangan sinis..baik dari segi kata-kata mahu pun pandangan mata yang melihat.
Buat-buat tak pandang..parah..namun sebelum berperasangka yang bukan-bukan..pasti bersebab sesuatu itu berlaku..seperti mana sukar untuk orang lain mentafsir kita begitu juga kita bukan mudah untuk menelah apa yang tersirat..
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Wkmsalam.
BalasPadamSepasang mata : Nikmat kehidupan yang tiada taranya.
hargainyalah sebaik-baiknya :)
Padampandangan pelbagai sudut adakah kerana ia belum.dpat keputusan yg terbaik..hingga ia.memandang pelbagai sudut
BalasPadambetul Irda..bila sudah mendapat apa yang wajar diketahui moga tiada lagi pandangan-pandangan yang tidak manis untuk didengari :)
Padamhahaha "buat2 tak pandang"?
BalasPadamPandangan pun ada banyak jenis kan. Suka entri ni. 😘
tu yang sedih tu..hihihihi...terima kasih Ainniah :)
Padam