Pertemuan Dua Titik

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

PERTEMUAN DUA TITIK || Alhamdulillah,bakal berakhir minggu pertama di bulan Januari 2017.Hari demi hari..minggu demi minggu dan seterusnya bulan demi bulan akal berlalu pergi..satu per satu.Biar pun sedikit atau kecil sahaja perubahan yang dilakukan..kalau ianya kebaikkan itu cukup memadai.Istiqhomah dalam berbuat baik.Sayangi apa yang berada disekeliling kita.

Ibu bapa.."Ibu ayah boleh menjaga 10 orang anak,10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan seorang ayah"..10 orang anak bermakna 10 karenah..sedari sebesar telapak tangan hinggalah dewasa dan mungkin anak itu sendiri kini telah pun bergelar ibu dan ayah segelintirnya masih mengharapkan ibu ayahnya..tabah,cekal hati ibu ayah..justeru anak,cuba cekalkan juga hatimu untuk melayan setiap karenah kedua-dua ibu bapamu kerana semakin dimamah usia mereka,kamu pula sudah semakin dewasa..sewajarnya sudah mampu mengawal tindakkan,akal dan emosi sewaktu mengurus mereka.

Suami isteri..biar pun bercinta 10 tahun..belum tentu 100% setiap pasangan itu memperlihatkan watak yang sebenar..namun setelah ijab dan qabul..sehari mungkin setiap pasangan boleh melihat 10 tahun yang akan datang.Jangan pernah untuk meletakkan hrapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan seperti apa yang kita inginikan kerana kita berkahwin dengan manusia seperti kita..kalau suami berubah atau isteri berubah..ingat..bukankah status juga sudah berubah,,setelah menjadi yang halal banyak hukum yang tergalas perlu dilunas.Kalau nak ringan dunia dan akhirat sama-samalah saling mem"bantu" bukan mam"batu".Sesekali ber"tegas" bukan asyik ber"keras".

Adik beradik..zaman kecil-kecil makan sedulang..hari-hari lauk sama pun berselera sahaja menyuap..akur sangat..alhamdulilah..asuhan ibu ayah,moga hingga besar kemesraan dan kasih sayang itu sentiasa utuh..itu dulu..20..30 tahun yang lepas..sekarang makan pinggan asing-asing,citarasa jauh beza..bila masing-masing sudah punya haluan sendiri,cara hidup juga tidaklah sama.Tidak mengapa,itulah kedewasaan namanya..anjakkan kehidupan juga,asal jangan pernah hilang rasa kasih dan saling menghormati satu sama lain..

Pertemuan Dua Titik
Sumber : Google Image
Persefahaman perlu dicari,kasih sayang mesti dipupuk,rasa hormat harus sentiasa disemai..pertemuan dua titik itu akan menjadi mudah apabila dua pihak sentiasa berusaha menjadi terbaik untuk satu sama lain..inshaAllah..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam.
    Persefahaman bukanlah bermaksud kita bersetuju dengan semua perkara,
    tetapi bagaimana kita boleh bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...itu yang perlu setiap daripada kita fahami Pakcik WP :)

      Padam
  2. Baca yang pasal adik bradik tu rasa sedih pulak rasa. Hihi. Tapi, biasalaa kehidupan kita memang akan berubah bila dah meningkat dewasa. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...lagi-lagi bila sudah berumahtangga Ana...dah ada keluarga sendiri masing-masing :)

      Padam
  3. betul. bila dah kahwin baru la kita tahu perangai sebenar pasangan masing-masing pada hari-hari mendatang. tolak ansur itu penting, kasih sayang itu juga penting dalam sesebuah hubungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanita mahupun lelaki...nikmati kebahagiaan dan raikan pasangan selepas bernikah..kerana rasa ingin lebih mengenali itu buat kita sabar dan tabah inshaAllah :)

      Padam
  4. salam.. Titik persamaan tu penting dalam setipa perkara kita buat... InshaaAllah moga kita dipertemua kita persilangan ni.. :D

    BalasPadam
  5. smakin berlalunya masa semakin meningkat usia. hmm :(

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama