Tidak Sesingkat Itu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK SESINGKAT ITU || Setiap kita inginkan waktu peribadi.Tujuh hari seminggu,24 sehari semalam yang Allah SWT pinjamkan,terserahlah berapa bahagian yang mahu diambil dan digunakan sebagai "golden time"..terpulang pada masing-masing punya keperluan dan kehendak.Biarpun begitu,jangan sampai membuat orang lain tidak berasa selesa dalam pada kita mencari keselesaan untuk diri.Dan waktu untuk DIA jangan pernah dikurangkan kalau nak rasa mewahnya waktu yang ada.

Baik buruk bersilih ganti.Warna warni kehidupan itu sangat mendewasakan.Secara tidak langsung mendidik kita agar menjadi insan yang lebih mendekat untuk mengenal Tuhan.Apa pun situasi yang dihadapi berhati-hati pada setiap gerak dan geri.Yang baik tidak selamanya begitu,yang buruk tidak semestinya tidak boleh berubah.Semuanya sangat memerlukan waktu dan izinNYA.

Seminit kita boleh cerahkan kulit..tapi bertahun pun belum tentu kita boleh cerahkan hati💗Perdu Cinta💗

Pekakkan telinga,luaskan mata hati.Ada ketika kita sangat memerlukan orang lain untuk menasihati apa sewajarnya.Ada detiknya kita hanya perlu pekakkan sahaja telinga untuk terus melangkah menjadi insan baru pada pandangan PENCIPTA.Untuk menjadi ummat yang baik perlu usaha berlipat ganda bersabarlah,berbanding untuk menjadi sebaliknya dengan hanya sekelip mata.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum PC,

    Syukur tak terhingga setiap detik, saat dan waktu dengan kurniaanNya.. Harap diberi kesempatan untuk segala2nya dunia akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam kak LZ..
      Amin..amin..amin...PC pun harap peluang dan ruang yang Allah beri dapat PC manfaatkan sebaiknya.

      Padam
  2. melihat mendengar meluahkan, biar dari mata hati, fikir sebelum bertindk, itu yang terbaik.
    IN Sha Allah, semoga segalanya baik-baik saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berfikir sebelum bertindak..ya betul..itu sebaik-baiknya..

      Padam
  3. Alhamdulillah masih diberi nafas olehNYA hingga hari ini.. Moga kite sentiasa diberi hidayah olehNYA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.hidayah Allah itu sangat mahal kan Lea.

      Padam
  4. SENTIASA BERHIJRAH MENUJU KEBAIKAN

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..masih diberi peluang bernafas dibumiNYA..

    BalasPadam
  6. salam hari Selasa cik kak PC tu., ;p

    BalasPadam
  7. Bertahun belum tentu blh bersihkan hati. Kalau takde niat pun dlm hati kita, memang takkan jadi. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ana..niat kemudian usaha untuk perbaiki diri..hehe..insyaAllah boleh.

      Padam
  8. Wkmsalam.
    In syaa Allah.
    Allah memperuntukkan waktu yang secukupnya untuk kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama