بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
UMPAMA SURAH BAHARU..|| Semalam yang telah kita tinggalkan mengukir 1001 kenangan..ya,walaupun baru semalam yang kita tinggalkan..suka atau duka..telah kita jadikannya memori untuk dikenang-kenang..alhamdulillah..baik teruskan..kurang baik noktahkan.
Google image
UMPAMA SURAH BAHARU..jangan ditangis kisah semalam biarpun ianya kisah yang paling malap dan gelap.Menangislah dengan rasa kesal untuk menjadi insan baharu mulai saat ini.Hidup ini umpama bermulahnya surah baharu,setiap surah baharu itu pasti bermula daripada ayat yang pertama.🍒Perdu Cinta🍒
Menyambung atau menoktahkan.Tidak semua mampu untuk kita lunaskan dalam satu jangka masa yang singkat..walaupun ada sesingkat mungkin boleh diurus dengan sebaik-baiknya,namun pelbagai kekangan itu adakala membataskan kita untuk terus fokus dan mengorak langkah dalam merealisasikan sesuatu yang direncana..ada juga mungkin tidak boleh untuk kita memulakannya pun.Allah semolek-molek perencana.
Taubat.Selagi mana ada usaha untuk berubah kepada kebaikkan untuk lebih mendekatiNYA,,selagi itu pintu-pintu taubat senantiasa terbuka seluas-luasnya.Terpulang mana yang mahu kita pilih..terus bergelumang dengan dosa dan noda..atau mahu memulakan langkah baharu umpama seorang khalifah yang baru dilahirkan ke muka bumi ini..terserah.
Hujungnya.Biarpun jalannya berliku pada permulaannya asal hujungnya menemukan kita pada matlamat yang betul..bertabahlah kerana itu lebih baik berbanding sedari awalnya lurus namun hujungnya membinasakan itu lebih menyedihkan.
*terima kasih ukhuwah
*mencari redha Ilahi
Tags:
Motivasi
apa yg berlaku itu adalah pengalaman... perjalanan hidup harus diteruskan walaupun berliku... betul tu sis, yg lepas biarlah terus berlalu....
BalasPadamPengalaman yang sangat mahal..yang menjadi pedoman untuk diri.. :)
PadamBetul tu kak pc.. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dlm hidup.. Dan kita perlu terus berjalan ke hadapan..
BalasPadamPengalaman itu sangat mendewasakan kan Lea...untuk kita lebih belajar erti kehidupan :)
Padambtul tu...
BalasPadamMencari langkah yg pertama dgn tekad yg baru
BalasPadamSimpan yg semalam sebagai memori
Buka yg baru utk memburu misi..
Matlamat pada setiap apa yang direncana cuma satu..moga Allah bantu dan restu..amin.
Padambetul sangat tu kak PC. setuju. hidup untuk hari ini kan. bukan untuk semalam, bukan untuk esok. :)
BalasPadamBetul...esok pun kita tidak tahu bagaimana..semalam tentunya menjadi sejarah..moga kita sentiasa diredhai.Amin.
PadamTerima kasih Yui.
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamYang lepas dh jadi sejarah dan pengalaman dalam hidup kita.
Fikirkan apa yang akan kita tempuh seterusnya.