بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
BENAR-BENAR BAHAGIA ITU APABILA.. || Persepsi orang lain-lain.Betul tak.Kalau letak satu barang susun 4..5 orang..minta mereka buat tafsiran pada barang tersebut..pasti 4..5 versi kita boleh dengar.Kalau setiap pandangan dan citarasa orang itu sama..tiadalah kritikan..tiadalah viral di sana sini..tidalah kutukan..cemuhan dan kata mengata di mana-mana.Mengapa begitu..ya kerana mereka atau diri kita sendiri berasa bahagia melakukan apa yang dirasakan memberi kebahagiaan.Berbahagialah semua kerana Allah masih lagi menghidupkan kita pada hari ini..saat ini..alhamdulillah.Salam Jumaat semua.. 😁
Mempesona.Siapa yang tidak terpesona dengan indahnya dunia.Sangat indah.Bukan salah dunia kalau kita sendiri hanyut di dalamnya,kerana dunia ini sememangnya gelanggan untuk kita menjalani ujian dan penilaian bagi kehidupan yang kekal di akhirat kelak.Memperdaya,diperdaya dan terpedaya itu mainan dan rencahnya.Siapa yang kental iman dijiwanya insyaAllah molek-molek sahaja..jika dirasakan ada lubang di mana-mana..jauhi dan berpaut dan bernaunglah pada madrasah yang boleh menarik dan mendekatkan kita pada Pencipta.
Benar-benar bahagia itu apabila..
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
Surah Al Qamar | Ayat 54 dan 55
Kerdil.Sedangkan terpercik setitik minyak panas pun kita sudah menjerit.Terjirus air panas apatah lagi..membuatkan kita menangis menahan pedih..justeru itu..mampukah kita untuk menjadi bakaran dalam api yang menjulang-julang maraknya..subhanAllah..sungguh kita tidak mampu..sungguh-sungguh tidak berdaya..Allah,bantulah kami untuk menjadi penghuni syurgaMU..lancarkan lintasan kami di titianMU.Bratkan timbangan pahala kami.Kurniakanlah rahmatMU kelak..ameen..ameen..ameen.
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Sedangkan dua mata dan satu hati Allah bagi sama buat kita semua tapi bila membuat penilaian setiap kita tak sama kan. Mungkin ada yg kata dia kebal dgn hamburan api panas atau berjalan di atas bara tapi panas api neraka Allah tidak ada tolok bandingnya yg semua kita tak tahu lagi. Gambaran sudah diberikan - oleh itu semampu boleh buat yg disuruh tiggal yg dilarang.
BalasPadamBetul kak...harap sangat diri sendiri tahu beza baik buruk..dan harap sangat juga semua bijak memilih jalan2 dan lorong2 yang mendekatkan pada DIA sentiasa..
Padambahagia itu subjektif sebab rezeki yang Allah bagi berbeza-beza. Yang penting kita bersyuku
BalasPadamRezeki,bahagia,cantik sangat subjektif...betul..yg utama syukur dengan percakapan,perbuatan dan hati.
PadamAllahu Akbar sungguh mendalam sekali makna kata-kata kak PC..
BalasPadambahagia tu subjektif juga pc
BalasPadambahagianya bila hati ini tenang..
BalasPadamBahagia itu subjektif sifatnya bergantung kepada individu itu sendiri.
BalasPadamBetul..bagaimana individu itu mentafsirkannya..
PadamKita manusia hanyalah insan yang kerdil. Tidak ada apa2 melainkan dgn pertolongan dan izin Allah.
BalasPadamBetul Ana..kita sekadar pelaku dan perantara..semua dengan kehendak dan izinNYA.
Padamkita ditempat di peringgahan dunia ini untuk kutip pahala sebanyak yg mungkin.. bertujuan untuk mencapai bahagian yang sebenar di akhirat kelak. insyaAllah kita semua di kalangan orang-orang beriman dan bakal ditempatkan di syurga.
BalasPadamAmeen..betul tu...selagi mana kita tidak menduakanNYA selagi itu kita akan tetap ke syurga pada hujungnya.Moga setiap kebaikkan yang kita buat..pahala itu dapat membantu kita agar tidak terjerumus ke lembah azab.
Padamsesungguhnya Syurga adalah tempat paling bahagia.. <3
BalasPadamSubhanallah, terima kasih kata ingatan. Bahagia dunia macam teaser je, bahagia sebenar di akhirat kelak. Hidup cuma satu persinggahan mencari tiket ke syurga.
BalasPadamBetul...akhirat matlamat akhir..untuk kita semua..bagaimana wajah kita kelak usahakan daripada dunia lagi..
PadamAmeen..ameen..ameen...insyaAllah..moga apa sahaja kebaikkan yang kita lakukan Allah terima...menjadi tiket untuk kita mudah di sana kelak..
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih Syikin..
BalasPadamBetul tu raihanah..penilaian masing2.
BalasPadamBila hati tenang nak beribadah pun lapang fikiran kan cikgu AK.
BalasPadamSebenar-benarnya bahagia Busyra..
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamMarilah kita kejar bahagia di dunia
dan mohon bahagia di akhirat.
mudah-mudahan kita menjadi hamba yang dirahmati untuk menikmati syurganya nanti
BalasPadam