Buntu??..Alahai..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

BUNTU??..ALAHAI.. || Permulaan yang baik belum tentu pengakhirannya juga begitu..dan permulaan yang kurang baik juga tidak semestinya hujungnya kekal sebegitu..sesiapa pun sentiasa mengharapkan yang baik-baik..doa yang baik-baik dan berusaha ke arah yang baik-baik..namun sesekali kebuntuan pasti hadir menyapa walau tanpa kita rela.

Meningkatkan usaha. Bila semua perkara dirasakan mudah untuk dilakukan kita akan berada di zon selesa..alhamdulillah..yahooo..seronoknyalahkan..tetapi apabila tersekat pada mana-mana bahagian dalam melunaskan sesuatu itu..ya saat itu boleh jadi kita berasa jatuh..mungkin kejatuhan semangat yang paling teruk..gelap pandangan..mungkin pada awalnya begitu..tetapi disebalik itu insyaAllah ianya akan menjadikan kita eorang yang berusaha untuk meningkatkan usaha lebih berganda-ganda bagi mencari penyelesaian dan jalan keluar.

Mematangkan fikiran dan jiwa. Setiap apa pun yang dilakukan pasti ada baik dan buruknya..mesti ada kelemahan dan kekuatannya..ada kelebihan dan kekurangannya juga..kerana kita ini insan yang terdedah pada perkara-perkara sebegitu yana mana kebanyakkannya diluar jangkaan manusia biasa.bila kita sesekali berusaha untuk keluar daripada kehilangan punca..pastinya ia merupakan satu pengajaran dan ilmu baru yang dapat mematangkan fikiran dan jiwa.

Mendekatkan hamba kepada PENCIPTA.Apa pun yang ada pada kita..yang kita lalui sehari-hari semuanya ujian buat kita.Semua.Sebut buntu,ya ianya suatu yang sukar diterima kerana kebuntuan ini boleh mengubah kita sekelip mata..betul cara atasinya baik jadinya..jika sebaliknya..moga ada sinar dihujung sana.Ada saatnya apa yang tidak kita suka itu..itulah yang terbaik buat kita.Bukankah Allah itu lebih tahu segalanya.Justeru begitu juga ketika kita berada di dalam kebuntuan..anggap itu satu cara ingatan daripada DIA agar kita lebih mendekatinya.Hanya Allah yang sentiasa rindu dan mencintai hamba-hambanya yang suka meminta-minta.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allah akan bantu alihkan kebuntuan kita, semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah,ameen...betul tu..cuma kena bersabar.. :)

      Padam
  2. Allahuakhbar..

    Memang manusia mudah alpa.. Nikmat yg diberi mungkin ujian diri, sentiasa ingat siapa diri ini.. Jangan sesekali lupa kita ni hanya manusia biasa.. Tiada yg lebih berkuasa selain Dia..

    Semoga dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu PC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak LZ..PC pun selalu leka..semua pada kita ujian..mata..telinga..semualah..satu masa akan bersuara semuanya..
      Ameen..ameen..ameen kak..

      Padam
  3. Setuju dengan semua kandungan dlm entry ni...

    BalasPadam
  4. hhehehe.. terima kasih sharing positive entry...

    perlu jugak utk daily smgat.

    BalasPadam
  5. fahami diri sendiri pastisetiap masalah dihadapi ada solusi

    BalasPadam
  6. Biar berada dlm zon selesa sekalipun jgn lupa semuanya dariNya juga
    Kalau DIA nak tarik balik tak bertangguh walau sesaat.
    Sebab itulah kena selalu ingat padaNya. Syukuri setiap yg diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak..moga dalam apa pun situasi Allah tidak meninggalkan kita dan kita juga tidak melupakanNya...

      Padam
  7. buntu tu kadang datang menjelma tp kita sndiri kena pandai untuk menyelesaikannya. inshaAllah :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama