Harapnya Tidak Hanya Pada Gula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HARAPNYA TIDAK HANYA PADA GULA ||Gula pasir,gula tebu,gula kelapa,gula perang,gula ekstrak daripada daun stevia..apa lagi..ha bila cakap yang baik-baik,,perkataan yang sekali sebut buat hati cair macam coklat meleleh..auww itu sweet talker..alahai..hati-hati jangan terpedaya..siapa yang tak suka manis-manis..lebih gula jadi penyakit..kurang gula jadi musibah..namun sumber tenaga tidak hanya pada manisnya gula..sebab itu sederhana itu lebih baik..dan lagi satu jangan lupa...gula dan semut berpisah tiada..hihi..🐜

Harapnya Tidak Hanya Pada Gula
google image

Tidak perlu modal tapi dapat pulangan keuntungan.Senyuman.Ikhlas kerana Allah..dengan izin Allah senyuman itu mengerat silaturahim..menambah kawan yang sedia ada..menjernihkan yang keruh...menyejukkan hati yang panas..meleraikan rasa kekusutan..dan banyak lagi sebenarnya..daripada senyuman juga ada yang dah bercucu sekarang ni..alhamdulillah..asbab jodoh dengan izin Allah..murah senyuman itu bagus dengan syarat murah itu bertempat dan dengan senyuman itu diri kita tidak hingga dianggap murah..pandai-pandailah bawa diri.

Nilaikanlah (berharga)kemanisan itu pada senyuman...

Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku,

Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.
 
(Hadith Riwayat Muslim)

Salam Jumaat semua..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

27 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. waalaikumussalam PC.
    benar tu, bukan susah untuk mendapat pahala, senyum pun dapat pahala. tak berat pun tuk tersenyum. kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..banyak perkara kecil yang memudahkan kita tambah pahala...cumanya kerana pahala itu tidak kelihatan..ianya menjadi besar dan berat.. :)

      Padam
  2. nilai kemanisan bukan hanya pada benda fizikal...kadang yg sembunyi, yg mudah pun boleh jd benda yg menggembirakan org lain :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sally..banyakkan sebenarnya..terpulang bagaimana kita untuk menjadikan ianya sweet :)

      Padam
  3. Terima kasih atas Peringatan. Walau senyuman itu sedekah tp biar pada tempat yang dibenarkan. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kak Ana...betul...biar bertempat kalau nak sedekah senyuman tukan kak :)

      Padam
  4. senyum ada lah gula sebaiknya
    kurgkan manis dalam minuman
    lebihkan manis dalam senyuman

    ewahhh ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cewah...hihi :) senyuman itu terapi diri...terapi untuk yang melihat juga..

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian ni kak PC... Lea senyum pada kak PC skrg ni.. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Lea.. :) hihihi..ok boleh terbayang senyumannya tu..

      Padam
  6. Manis itu terpakai pada yg sedap, cantik, indah tapi bila salahguna memang membawa padah, celaka dan musibah. Berpada-pada, bersederhana dan biar kena pada tempatnya baru indahlah hasilnya.

    Senyum tak kena bayar tapi indahnya panjang dirasa. Ni kakak senyum tau PC:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..betul kak Zakie...senyum itu mudah dan indah..tapi kalau salah bawaannya binasa diri kak..cukup senyum kerana DIA..bukan kerana dia..dia..dan dia..bila kita tahu wajar dan sebaliknya senyuman itu diberi..insyaAllah selamat..ok kak..PC pun senyum ni.. :)

      Padam
  7. senyuman yg manis tak perlu gula kan PC...hai...dah lama KG tidak singgah...(mood berblog ke lautan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..manisnya datang dari keikhlasan hati..dari niat yang betul..sibuk ya dengan urusan kerja KG.. :)

      Padam
  8. betul-betul. senyum ni kena bertempat. jangan time orang tengah-tengah serius dalam perbincangan, tetibe senyum. pelik tu hehe.

    saya tag akk kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/02/give-away-by-ashasrah.html :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..betul tu..jadi nak senyum pun berpada-pada :)
      Owh...terima kasih tag kak PC tau..

      Padam
  9. senyummm tak perlu kata apa..... heheh... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tak perlu kata apa2 dibibir dan dihati :)

      Padam
  10. alhamdulillah utk sebuah peringatan. senyum itu sedekah.

    BalasPadam
  11. insyaallah akan selalu ingat pesan ini...sentiasa senyum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen...alhamdulillah..tapi mesti berpada-pada ya.. :)

      Padam
  12. Alhamdulillah kerana Allah tidak mendorongkan semut untuk menjamah apa yang bukan rezekinya..setiap dalam rezeki kita ada bahagian untuk yang lainnya..bukan sahaja untuk sesama insan..mungkin bahagian itu untuk tumbuhan,haiwan dan serangga juga..dan makanan yang dibiarkan(terdedah mungkin)tidak digalakkan untuk kita makan..justeru kita juga tidak tidak akan makan atau minum setelah dimasukki semut..

    BalasPadam
  13. Mama senyum bersama kembar 3 :) :) :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama