بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
JANGAN BERTANYA SAMBIL MELUDAH || Kalau sebut soal berhati-hati tidak juga semestinya hanya di jalan raya..setiap tindak tanduk kita juga perlulah sentiasa berhati-hati..baik dewasa,remaja mahupun kanak-kanak..elagi boleh cuba elakkan bersikap I.S.A...Ikut.Suka.Aku..bahaya ya..ingat.."jerat tidak pernah lupakan pelanduk,,tapi pelanduk yang selalu lupa jerat"...orang yang bercakap selulu mudah lupa berbanding orang yang mendengar lebih mudah ingat..lebih-lebih kalau tahan sentap hingga merentap tangkai hati..parah..dik..parah..😌
Silakan.Bertanya itu bagus,dapat tambah pengetahuan,daripada tidak tahu kepada tahu..tapi pastikan apa yang hendak ditanya itu kena pada tempat dan situasinya.Takut-takut sendiri sakit hati..itu masih dikira ok lagi..yang bahaya yang ditanya lebih sakit hati..oleh itu berhati-hati.Dalam mulut kita ni..sentiasa ada air liur yang dirembeskan..telanlah berapa kali pun ianya tetap ada..kan nikmat tu..kalau tengok asam ke,,makanan yang lazat-lazat ke..ha itu pun salah satu merangsang lebih banyak rembesan air liur kita..betul tak..berhati-hati..daripada air liur juga boleh tersebarnya penyakit yang mudah berjangkit..lebih bahaya "ludah ke langit kena muka sendiri"...huhuhu..
Ala-ala serampang dua mata.Memuji melangit kemudian mengkeji jejak tanah,mula-mula tanya kemudian rupanya korek rahsia..hoiii..mantap strategi ya..hihihihi..sekali mungkin berjaya kerana mangsa terpedaya dengan menisnya senuman eloknya bahasa..tapi tidak sekian kalinya..wahai makhluk Allah bergelar manusia di mana keikhlasan pada diri sesama insani??..😵😵..berwaspada kerana itu langkah merobek sendiri pekong didada..
Kalau hari ini kita boleh tersenyum kerana berjaya menutup kesilapan diri dengan menjadikan orang lain itu mangsa..percayalah mungkin manusia tertipu tetapi Allah tidak pernah terpedaya dengan perbuatanmu..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
kena jaga adab juga kan PC
BalasPadamSIMPAN RAHSIA DIRI XPERLU TAHU RAHSIA ORG
BalasPadamerm.... smg kita terus dipelihara daripada bertanya dan meludah ni...
BalasPadamWow.. memang deep.. kata2 yang berkias dan ssh sikit nak hadam :p
BalasPadamAlahai...yeke...maafkan PC ya.. :)
PadamJgn pulak bertanya sekadar nak menguji IQ org pulak kan..
BalasPadamDeep betul entry ni. apa pun sy setuju dgn apa yg diperkatakan ni. btw, sy blogwalking dan follow blog ni ya. jemputlah melawat blog baru saya.
BalasPadamTerima kasih..nanti PC singgah dah follow juga ya..insyaAllah :)
PadamBiasanya kita boleh rasa apa tujuan orang bertanya...
BalasPadamBetul raihanah :)
BalasPadamItulah yang terbaik kak PI :)
BalasPadamBetul tu kak Sheila..kalau bertanya pun luruskan hati.. :)
BalasPadamItu yang bahaya kak Zakie... :)
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamMaksud tersirat rupanya.
:) hihi..2 in 1 ya Pakcik WP
PadamYa Allah serius busyra suka semua entri pc. sngt mendalam setiap bait kata. kalau buat buku ni laku! sebab smua yg pc tulis memberi kesedaran, dan ada entri lain, memberi semangat. mcm2 la. hehe
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih Busyra..subhanAllah..kak PC sekadar perantara..semua ilham dengan izin dik..mn baik,ambillah..yang buruk dan lemah itu dari kekurangan kak PC dan buang jauh2 ya.. :)
PadamSiqah suka ayat last tu.. tak ke mana perasaan bahagia kalau itu terjadi selepas mengenakan orang lain. Apa yang dibuat di dunia ni akan dibalas. Hukum Karma kan kak :)
BalasPadamMoga menjadi peringatan buat kita semua... t kasih atas perkongsian ini PC
BalasPadamDua kali baca, tak faham, bila baca komen baru faham maksud mendalam pc, hehehe pepagi buta otak jammed pula.
BalasPadamBenar kata-kata PC. Dosa orang belum tentu bawa dia ke neraka, jangan lidah kita pula yang mengheret kita kesana. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.