بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
KEGIGIHAN ITU || Kegigihan itu sangat mudah disebut tetapi tidak semudah disangka untuk diterjemah dengan perbuatan.Setiap peluh yang menitis..setiap air mata yang mengalir begitu bermakna dan sangat memotivasikan diri kita bila mana kegigihan itu membuahkan hasil.Salam Jumaat untuk semua.Jumaat pertama di bulan Februari.
Halangan sentiasa ada.Itulah yang kita gelar cabaran.Namun jangan pernah tewas dengan halangan kalau mahu menikmati manisnya kejayaan.Kejayaan itu sangat luas maksudnya bergantung apa yang sedang diusahakan mengikut citarasa dan kehendak masing-masing.Seperti mana akar yang tidak pernah lelah menyelinap ke dasar tanah untuk mendapatkan bekalan sewajarnya bagi membantu dahan dan daunnya agar terus bertahan serta membekalkan nutrien apa yang diperlukan..💗Perdu Cinta💗
Ejen perangsang.Kita waima PC sendiri pun tidak sentiasa bermotivasi,tidak juga sentiasa teguh.Kadangkala rebah,sesekali tergolek-golek..itu belum lagi sudah jatuh gedebukkk ditimpa tangga pula😌..tidak kurang terseliuh sana sini.Lumrahnya kita sebegitu.Justeru saat itulah PC secara peribadinya akan meminta kekuatan dalaman daripada Allah SWT supaya dijauhkan daripada rasa-rasa yang malap..selain menjadikan orang-orang sekeliling contoh.
Sesekali kita perlu menjadi tabah dan kuat agar boleh menyalurkan aura baik kepada orang lain..ada ketikanya orang lain juga harus sentiasa menunjukkan perkara-perkara yang positif agar kita tertarik untuk melakukan perkara seumpama mereka juga..Tidak menjadi satu kesalahan rasanya andai kebaikkan yang dilakukan itu bertujuan untuk mengajak orang lain cinta kepada yang maaruf asal betul niatnya insyaAllah Allah bantu.
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
SALAM JUMAAT PC..TEGUHKAN HATI SETIASA
BalasPadamItulah sebabnya PC memberi nasihat lebih mudah utk menerima nasihat
BalasPadamKadang kita bukan tak tahu itu baik tapi nak melakukakan menagih kekuatan fizikal dan mental.
Tepat kak..bercakap begitu begini sangat mudah..berbanding untuk mendengar dan melakukannya..kadang yang mudah itulah kita ambil ringankan kak..salam jumaat kak zakie :)
Padamsetuju ngan kata-kata kakzakie. menerima nasihat tu senang jer, masuk telinga kanan kiri tapi nak cari kekuatan fizikal rohani mental tu hanya Allah yang mampu berikan.
PadamBetul PC pun tak nafikan..hihi...kadang walau perkara tu mudah je pun..kita tak terbuat..PC la tu..kiki...
PadamSalam Jumaat kembali kak PI...betul tu kak..teguhkan hati moga tidak mudah terpedaya.. :)
BalasPadamsalam Jumaat PC..
BalasPadamkegigihan itu memerlukan banyak perkara...
semoga dipermudahkan..
Salam jumaat kembali adarnadzmie..
PadamBetul..banyak aspek sebenarnya..amin.
Salam jumaat PC insyaAllah duduk dngn org2 yg positif akn sntiasa positif
BalasPadamSalam jumaat kembali Mas...betul tu..setuju...
PadamBetul tu..Sokongan pertama dan paling utama dari DIA sebenarnya yang sangat2 kita harapkan...kasih sayang DIA juga..
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamSalam Jumaat kembali.
Kita perlu gigih, tabah dan kuat untuk meneruskan perjalan hidup.
Carilah jalan yang lurus.
Pokok pangkal hati... perlu berusaha gigih...
BalasPadam