Keluasan Luar Biasa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

KELUASAN LUAR BIASA || Alhamdulillah,hari pertama di bulan Februari..31 hari telah berlalu pergi...Januari melabuhkan tirainya begitulah setiap tahun yang telah berlalu mahupun yang bakal mendatang..setiap bulan menanti bersilih ganti..bezanya sama ada PC dan kita semua ini masih hidup arau telah dimatikan.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tidak hairan.Kalau ditanya mesti yang baik-baik yang diharapkan.Semestinya yang hebat-hebat diimpikan.Kalau boleh nak rumah pun yang luas,yang besar,yang cantik dan selesa.Kalau boleh semua yang diingini itu yang sangat menyenangkan hati.Tidak hairan kerana...Ya itulah kita.Tiada salahnya pun kalau ada rasa dan berkeinginan sebegitu rupa.Dengan syarat jangan lupa daratan.Sekiranya berlaku,maka Allah akan beri ujian kepada kita sebagai teguran dariNYA.

Istimewanya lain macam.Strategi sangat penting.Terutama kepada peniaga tidak kiralah berskala besar atau kecil.Waktu untuk kita mengetahui kelebihan setiap produk yang dipasarkan itu adalah ketika promosi dilancarkan.Setiap satu jenama itu ada kebaikkannya dan kelemahannya.Begitu juga setiap hari-hari yang kita lalui.Sangat digalakkan berbuat kebaikkan sepanjang masa..dan lazimnya pada hari Jumaat itu lebih di highlights kan..lebih disarankan..wajar digandakan..ala-ala set kombo kekdahnya.Biarpun begitu kita benar-benar dapat merasai betapa keluasan luar biasa pada segenap sudut amal kebaikkan adalah pada bulan Ramadan Al Mubarak.Tambah tolak darab bahagi..ianya kian menghampiri,sudah tidak lama lagi..Ramadhan pasti hadir,biarpun kita tidak pasti be"rezeki" untuk menemuinya lagi atau sebaliknya,teruskan berdoa,minta agar Allah beri yang terbaik untuk kita.

Bulan Ramadhan sangat istimewa untuk kita ummat..saat di mana langit terbuka luas..pintu rezeki terbuka mewah..saat ini mohonlah tanpa jemu dengan kejernihan hati..ruang istimewa untuk kita rebut peluang perbaiki diri..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Diam tak diam sebulan sudah tahun 2017 telah berlalu..
    terasa cepat masa pantas meninggalkan kta..
    Maka teruslah membuat kebaikan bagi setiap masa yang berlalui itu ye PC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...sebulan dah berlalu..11 bulan berbaki tidak tahu untuk kita berapa yang tinggal..moga kesempatan ini kita isi dan manfaatkan sebaiknya :)

      Padam
  2. DAH SEBULAN BERLALU TNPA DISEDARI MOGA TLH DIISI SEBAIKNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak..amin...moga banyak kebaikkan yang dilakukan.. :)

      Padam
  3. Wkmsalam.
    Masa terasa terlalu cepat berlalu.
    Semoga pengisinanya memberikan manfaat kepada hidup kita
    Kejarlah bekalan untuk kita di sana juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..amin..amin..setuju Pakcik..insyaAllah..moga dapat tuai apa yang disemai kelak.. :)

      Padam
Terbaru Lebih lama