بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
Saat diri diaju soalan
Jangan terus beri jawapan
Fikir dulu atau pun simpan
Takut kelak merana badan
Beri jawapan itu harapan
Dinanti orang penuh pengharapan
Jangan dusta demi menutup kesilapan
Menjawab kelak dihadapan Tuhan
Galakkan itu umpama tiupan
Tiupan semangat untuk kehidupan
Jangan silap beri galakkan
Takut kita rupanya ejen kesesatan
Janji jangan sembarangan
Janji jangan hujungnya pembohongan
Sesama insan nanti tercipta permusuhan
Tidak berasa takutkah pula dengan Tuhan
Mencuba.. || Semangat untuk mencuba itu ada pada setiap insan..mencuba sesuatu yang baru itu tiada salahnya..apa yang menjadi kesalahan bila mana apa yang ingin kita cuba itu satu yang sememangnya sudah dikategorikan perkara yang salah..jadi kalau dah tahu perkara itu salah..atau perbuatan itu tidak boleh..sila la jangan teruskan..banyak lagikan perkara baik yang boleh kita cuba..
Saat diri diaju soalan
Jangan terus beri jawapan
Fikir dulu atau pun simpan
Takut kelak merana badan
Beri jawapan itu harapan
Dinanti orang penuh pengharapan
Jangan dusta demi menutup kesilapan
Menjawab kelak dihadapan Tuhan
Galakkan itu umpama tiupan
Tiupan semangat untuk kehidupan
Jangan silap beri galakkan
Takut kita rupanya ejen kesesatan
Janji jangan sembarangan
Janji jangan hujungnya pembohongan
Sesama insan nanti tercipta permusuhan
Tidak berasa takutkah pula dengan Tuhan
Belajar utuk membezakan.Perlu.Tidak semua perkara kita boleh dan hanya mencuba-cuba kerana pada perkara yang hukumnya mendahului kehendak atau keperluan ianya mesti kita patuh dan tunaikan..biarpun dirasakan ianya tidak selesa atau tidak ngam dengan naluri..lama-lama dengan sendirinya hati boleh menerima dengan syarat minta DIA lembutkan hati kita untuk menjadi setaat-taat insan..ingat A itu yang pertama..maka letakkan Allah pada kedudukan yang PALING istimewa dalam kehidupan kita..*boleh..memang susah pada mulanya kerana kadang kita lebih suka sandarkan kebergantungan pada apa yang boleh kita lihat dan sentuh kan..kan..tapi ingat setiap apa yang kita lihat dan sentuh itu ada penciptanya yang wujud walau tidak kelihatan dek pancaindera mata.Gunakan pandangan dalam..mata hati yang disitu adanya keimanan*
Dalam urusan agama tiada istilah bersksperimen..ibaratkan suka kau ikut..tak suka kau tinggal..ada masa kau patuh..ada masa kau ingkar sesuka hati..dengan sengaja..*tidak sengaja dan meninggalkan disebabkan tidak tahu lain hukumnya*..kerana biarpun Islam itu bukan agama yang menghukum..tapi ianya agama yang mempunyai hukum..berhati-hati saat beralasan.
Pergi pasar beli ciku
Ciku kacuk besar buahnya
Selamat berhujung minggu
Moga sentiasa bahagia dan ceria
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DGN CERIA...PC
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamSetiap kita memang tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Cuma keputusannya ada dalah hati kita.
Betul tu Pakcik WP..adakalanya tersasar juga hati..
PadamKita smua kena pndai beza mna yg kita mampu dan x. Kita jgk da dkurniakn akal utk bezakn mne yg baik dan buruk. Hrap kita tak tersilap wat kptsan.
BalasPadamHappy weekend PC.
Betul...yang sering tewas antara nafsu dan akal..nafsu dan iman..
PadamHye...
agama bukan menghukum,tapi ia ada hukum,tersenyum irda dengan bait baris ini,terima kasih atas nukilan yang indah ini pc..salam hujung minggu,dan esok hari baru irda bermula..semoga setiap hari kita lebih baik dari hari sebelumnya.SALAM ukhuwah pc...
BalasPadamMoga setiap langkah Irda disertai keberkatan..kegembiraan dan kasih sayang Allah SWT..
PadamTerima kasih di atas nasihat kak PC. Kita memang kena tahu mana yang baik dan buruk.
BalasPadamTakut juga kalau tersilap langkah.
Adakala kita cukup menjaga tapi Allah ingin menduga..kita buat sebaik-baiknya moga ALLAH ada sentiasa bersama.
PadamBetul..daripada kesilapan itu kita belajarkan..dan jangan ulangi kesilapan itu..
BalasPadamTerima kasih kak PI..
BalasPadamBetul tu... mencuba ni bagus sebenarnya, tapi kalau yg bersalahan tu sebaiknya dijauhkanlah. T kasih atas peringatan ini PC :)
BalasPadam