بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
KESERASIAN || Sejam.Sehari.Sebulan.Setahun.Keserasian itu ada magisnya.Ada uniknya.Semua dengan izinNYA juga.Bagi PC keserasian itu juga salah satu rezeki yang Allah SWT beri kepada kita.Luas juga skopnya.Alhamdulillah.
Bila tidak berasa keserasian jangan terus dipinggirkan..jangan pernah meletakkan sempadan selagi ianya masih mampu diusahakan..jangan terlalu asyik mahu orang mengikut rentaknya kita..tidak menjadi salahnya andai sesekali kita mengikut iramanya orang..asal tidak mengaibkan agama..
PERHUBUNGAN.Persahabatan.Perhubungan Suami Isteri.Kekeluargaan.Keserasian perlu dibentuk dan diterapkan biarpun adakala ianya seakan tidak menjadi.Sepertinya dalam setiap perhubungan itu memerlukan komunikasi dua hala..ya begitu jugalah dalam memupuk keserasian..perlu sama-sama mengusahakan dan diusahakan bersungguh-sungguh.Bukan mudah untuk mencari titik keserasian dan bukan senang juga mengekalkan keserasian yang ada kerana lazimnya kita manusia adakala rapuh dan mudah tertarik dengan perubahan.
IKHTIAR ATAU BERUSAHA.Kegigihan dan berterusan dalam berusaha atau ikhtiar ini tersangtlah perlu dan penting.Sungguh!.Adakala apa yang kita ikhtirkan orang tidak nampak..malah tidak dipedulikan pun...tapi Allah SWT senantiasa memandang dan menilai.Berkali-kali kita cuba kemudian gagal..jangan irihati dengan dia yang mencuba sekali dan berjaya.Kerana sebelum kita berusaha..mungkin dia terlebih dahulu mengusahakannya malah terlebih dahulu merasai peritnya kegagalan yang tidak didendangkan.Bersangka baiklah.Moga sangkaan baik itu menjadi doa buat kita.
Cili itu pedas..pedasnya tidak kelihatan hanya boleh dirasa..pedas yang ada pada cili itu dari Allah SWT..dengan izinNya..begitu juga rasa pedas itu pada lidah..itu semua atas aturanNYA..justeru biar daripada cili yang sama namun tahap kepedasannya berbeza mengikut pemakannya.Begitulah juga kita..keserasian itu atas kasih sayang Allah SWT juga..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
semoga sy pun dapat pengajaran darinya.
BalasPadamSalam Jumaat PC.
BalasPadamKserasian tu memakan masa utk diperolehi. Ada yang mudah dapat, ada yang kena berusaha. Hubungan adik-beradik pun memerlukan masa yg lama utk serasi bersama.
Komunikasi 2 hala juga penting agar tidak adal salah faham berlaku. Saling menerima pendapat dan teguran dengan hati terbuka. Susah tapi kalau ikhlas InsyaAllah dipermudahkan.
betul PC, kadang perlu usaha juga utk capai keserasian
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamMudah2an keserasian yang dibina kekal berpanjangan.
InshaAllah smoga keserasian akan sntiasa ada.. :)
BalasPadam