Pasti Berganti

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

Pasti Berganti
Google Image


PASTI BERGANTI ||Rasa sayang itu sukar dikikis.bukan bil sebut sayang khas untuk sesama manusia iaitu pasangan,sahabat atau sesiapa sahaja..terhadap sesuatu benda yang kita miliki juga akan menimbulkan rasa sayang.Bila kita ada rasa tanggungjawab untuk menjaganya..mempertahankannya..tidak kiralah apa pun..ya itu salah satu tanda kita sayangkannya.Namun bagaimana sayang sekalipun tiba saatnya kita perlu meninggalkannya dan ditinggalkan baik seketika mahupun selama-lamanya.

BUKTI  MENCINTAI-NYA.Buat apa yang disuruh.Tinggal apa yang dilarang.Bukan suka-suka pastinya ia bersebab.Rasa susah hati..rasa terkilan..rasa kerugian itu biasa yang sememangnya bercambah dalam hati dan fikiran.PC sendiri ada ketika dibelenggu rasa begitu walhal dalam hal remeh temeh.Begitulah andai nafsu dan syaitan bergabung terutama bila kita mula memasang niat yang baik-baik..cabaran..ya kita lawan kerana pasti ada ganjaran lebih bernilai menanti..mungkin hari ini kita kehilangan sesuatu kerana mengejar redhaNYA..satu masa pasti Allah SWT menggantikan dengan sesuatu yang lain yang lebih baik..

A011
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.(Surah Jumu'ah : Ayat 11)


TAMBAH RASA MALU DAN LAWAN.Sifat malu itu salah satu daripada cabang iman.Malu itu juga membayangkan kualiti akhlak seseorang..ianya menjadi benteng pada perilaku-perilaku yang tidak molek untuk dilakukan.InsyaAllah bila ada rasa malu pada DIA terutamanya,kita akan senantiasa beringat dan berhati-hati.Kita diasuh untuk hormat dan malu pada orang.Hakikatnya kita perlu rasa malu pada sekalian alam cuma dengan cara yang berbeza.

A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah Jumu'ah : Ayat 1)

Duduk sendirian..cuba tanya pada diri..sepanjang usianya kita hidup di muka bumi Allah SWT ini..berapa kerap kita bertasbih..berzikir..*sungguh,PC rasa malu pada diri sendiri ni*..ayuh bangkit kita lawan rasa malas..rasa berlengah..rasa sudah cukup..malu..malu..malu..mungkin langit dan bumi sedang memandang sinis pada kita kerana menjadi penghuni yang kufur nikmat..nauzubillahiminzaliq..kita boleh perbaiki..mulakan saat ini..salam Jumaat semua.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. terima dengan redho, pasti ada hikmahnya

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan salam Jumaat PC.

    Biasalah bila kita nk buat baik ni, godaan tu punyalah tinggi. Kuat dgn tak kuat je sebenarnya. Mudah-mudahan kita di beri kekuatan untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan meninggal laranganNya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Wkmsalam.
    In syaa Allah.
    Sama2lah kita memperbaiki diri untuk mendapat keredhaanNya.

    BalasPadam
  4. In shaa Allah, akan sentiasa mengingatkan diri ini utk sentiasa memperbaiki hati, jiwa dan perlakuan.. moga bersama kita semua sentiasa dibawah lindungan kasih sayangNya... aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama