بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
PERINGATAN LAGI DAN LAGI..INGAT TAK? || Di mana-mana..surau,masjid,jalanraya..tidak lekang dengan "signboard"..walau peringatan yang sama berulangkali,namun kita ini masih lagi memandang sepi..masih lagi buat-buat tidak tahu dan tidak faham..masih lagi ulang dan ulang dan ulang lagi silap yang sama...kenapa?...lagha itu sentiasa ada dan sudah sebati dengan kita sebenarnya biarpun sedikit*yes,PC lah tu terutamanya*.
Matlamatnya sama.Nampak macam kasar.Menjadi ibu bapa bukan perkara mudah..setiap pasangan suami isteri yang telah mempunyai anak pastinya ada cara tersendiri bagaimana untuk mereka meng"acuan"kan zuriat mereka..hanya mereka :suami-isteri-anak-anak yang saling memahami tindak balas dan isyarat masing-masing.Di rumah tugas ibu bapa membina akhlak..sedang guru di sekolah membina otak.Kombinasi keduanya asasnya didikan dan peringatan secara berulangan dan berterusan.
Tanda Allah SWT sayang dan cinta.Menegur,bila bertemu saling berbalas senyuman..tidak pun sekadar mengangkat tangan..ya itu cara kita sesama insan.Bila kita melihat saudara kita baik sesama agama mahupun saudara sedarah sedaging itu diuji atau ditimpa musibah..itu juga peringatan buat kita.Allah hendak memberi amaran dan peringatan ada banyak cara.Tidak kira bila masanya.Tidak tentu keadaannya.Anytime,anywhere..persoalannya terkesankah pada kita..hanya diri kita sahaja yang merasainya..moga-moga ada perubahan yang kita lakukan.
Cepat tetapi sakit.Lambat namun nikmat.Umur yang panjang itu rezeki untuk kita lebih perbaiki diri..umur yang pendek juga rezeki agar kita mengurangi catatat kiri.Sakit bila dirasanya baru seketika merasai nikmat..kemudian Allah ambil semula nikmat tersebut.Adakala lambat...menghitung seolah tiada berpenghujung namun nikmat dihujung terowong.Kita yang sering memilih tapi jangan lupa Allah SWT juga mengatur siapa yang bakal terpilih.
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Sakit sikit dan hlg satu nikmat baru rasa kedilnya kita ni. Tu baru sikit. Kalau banyak tak tahu lah macam mana. 😢
BalasPadamPeringatan tu penting kerana manusia ni sering terlupa. Oleh itu kita kena la ingat mengingati antara kita walau pun sikit mungkin impaknya besar.
BalasPadamTerima kasih PC atas peringatan ni :)
Ingat mengingat kepada kebaikan.
BalasPadamSemoga amalah kita sentiasa dilipatgandakan.
InsyaaAllah semoga apa yg kita lakukan semuanya kerana Allah... Allah sentiasa syg dan cinta kpd kita, tp kita ni adakala lupa kat Dia...
BalasPadamHi kak PC lamaaaa rasanya Nadia tak sggh sini.
BalasPadamBetul2 lagha tue mmg ada dlm diri kita.Nadia pun kadang terlupa.
Peringatan kena ada kak kak PC . Thanks sharing =)