بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
SUDAH DIUKIR CANTIK JANGAN PULA DI PADAM || Seni itu luas.Seni lukis,seni suara,seni lakonan,seni khat,seni mempertahankan diri,seni jahitan dan anyaman..seniman juga berseni..tapi seniman bujang lapok tu tajuk cerita Alahyarham Tan Sri P Ramli ya,harap maklum 😅.Ada orang minat sangat dengan seni-seni ni..gigih.Ada juga yang suam-suam kuku minatnya.Terus tidak masuk di otak dan hati pun ada..sebut saja pun seni dah reject awal-awal.Suka atau tidak sebenarnya kita semua sedang mengukir sesuatu sepanjang perjalanan kehidupan di dunia ini.😆
BIASA-BIASA ITU LEBIH BERBISA.Ada yang biasa-biasa walau pun hakikatnya dirinya penuh ilmu ukhrawi..tidak kurang yang macam luar biasa biarpun hakikatnya biasa-biasa..manusia ini banyak ragam..pelbagai fesyen.Sukar diandai gerak gerinya..jangan kata luka terhiris pisau yang tumpul itu perit dan pedih kerana hirisan daripada belati yang cukup tipis dan tajam itu juga bisanya berganda..yang berasa sakit itu roh dan nyawa yang sebati pada darah daging dikeseluruhan tubuh.Tetapi bila hati kita rasa terguris..itu bermakna rasa perasaan itu sedang sakit dan disakiti.Wahai mulut dan lidah..berhati-hati jangan berubah menjadi belati.
KERUGIAN BESAR.Hendak melakukan perkara baik bukan mudah.Banyak cabarannya.Sudah lakukan kebaikkan,jangan sesuka hati memusnahkan.Diri sendiri perlu diingatkan selalu...kalau rasa nak buat perkara tidak baik..detikkan dalam hati..."aku susah payah buat baik...aku susah kumpul pahala..ruginya kalau aku buat benda ni (perkara yang tidak baik)..sia-sia jadinya..". .istighfar cepat-cepat dan banyak-banyak..cubalah praktikkan..insyaAllah ok..
PASAKKAN ARAH.Peranan hati itu besar..kerana niat dihati.Baik atau buruk mula lintasannya daripada hati.Kalau condongnya ke arah baik...insyaAllah baik jadinya..kalau berat sebaliknya..begitulah nantinya..dah kalau seimbang macam mana pulak?...banyakkan muhasabah diri...dekati PENCIPTA..rapat dengan insan-insan yang boleh membawa kita lebih rapat dan dekat denganNYA..buatlah pilihan dengan bijak..kita boleh berkawan dengan semua orang...sesiapa pun..tapi bijaklah menapis setiap apa yang dibawa kepada kita..
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
thanks sharing ni pc
BalasPadamSetuju kak, kalau kita nak jadi baik, banyakkan berkawan dengan orang yang baik-baik yang membantu dan sentiasa mengingati kita.
BalasPadamBetul...sebab adakala untuk kita kekal baik bersendirian agak sukar berbanding ada yang saling menyokong..insyaAllah :)
PadamYer hati memang memainkan peranan penting. TQ Kak PC utk post ni.
BalasPadamhati & niat, itu yg penting kan PC.
BalasPadamAllah tu Maha pengasih.. kita niat baik terus dapat pahala. kalo kita niat jahat, buat baru dpat dosa.. MasyaAllah besar kasih Allah pada kepada kita..
BalasPadamTepat sangat Zie..sangat tulus kasih sayang Allah SWT pada kita hambanya :)
Padamredha Illahi itu sungguh penting untuk kita di dunia dan di alam sana. :)
BalasPadamSangat perlu dan sangat penting Busyra :) moga redha itu ada untuk kita...ameen.
PadamTerima kasih Bro NA...kadang risau juga takut maksud tak sampai :)
BalasPadamSama2 raihanah :)
BalasPadamSama2 ridz :)
BalasPadamNour adieb..betul dan tepat :)
BalasPadamSebab tu dikatakan diri binasa jika terlepas cakap. Kadang2 kita takde niat, tapi menguris hati orang lain. Harap dimaafkan :)
BalasPadamTerima kasih atas pesanan untuk hati dan jiwa PC. Moga menjadi penawar yang bagus untuk kita semua
BalasPadamMoga kita semua tidak tergolong dikalangan org2 yg mempersiakan nikmat Illahi... aamiin.
BalasPadam