Terdesak

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TERDESAK || Ter itu sendiri membawa maksud terpaksa atau satu tindakkan tanpa sengaja dilakukan....TETAPI jangan ambil kesempatan menggunakan "ter" itu untuk melepaskan diri setelah lakukan kesilapan yang pada hakikatnya memang sengaja dilakukan..

MENGHITAMKAN.Kita sebenarnya berusaha sehabis baik...dalam segenap perkara yang dilakukan...ya..usaha yang bukan sekadar ibaratnya melepas batuk ditangga.Tidak ada sesiapa pun mahu menjadi tidak baik..tidak ada seorang pun mahu memalitkan arang pada maruah diri sendiri..namun dalam keadaan terdesak mungkin ianya boleh berlaku andai sumbang langkah dan rentak yang dibawa..subhanAllah.

Ada banyak cara untuk Allah SWT mahu MEMUTIHKAN diri kita.Hati khasnya.Mungkin sisi hitam yang gelap pernah kita lalui itu menjadikan kita insan yang lebih putih pada hari-hari mendatang berbanding insan-insan lain..kerana hidayah itu Allah SWT punya.Yakinlah kasih sayang Allah SWT itu ada magisnya..💗Perdu Cinta💗

MEMOTIVASIKAN.Daripada sudut yang positif...bila mana kita terdesak untuk mendapatkan sesuatu itu dengan bersyarat..pasti kita akan usaha bersungguh-sungguh..bila betul lorongnya..maka cantiklah cara dan hala tujunya.Biar pun mungkin mukhaddimahnya memberat ke dunia..namun lama kelamaan lakukan keranaNYA.Syarat itu mampu mendesak dan menjadikan diri terdesak.Dengan syarat hujungnya terdesak lakukan sesuatu itu dengan asbab yang baik.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kadang2 ada juga yang sengaja amik kesempatan nak 'ter' tu

    BalasPadam
  2. Pengalaman lepas jadikan panduan untuk hidup yang lebih baik. Sehitam mana pun kehidupan yg lalu, pasti ada peluang utk putihkannya semua. Yakin padaNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita...sangat luas selagi nyawa belum lagi dikerongkong...manfaatkan sebaik-baiknya.Moga Allah bantu kita.

      Padam
  3. "ter" tu hanya valid kalau tak sengaja, dan segera mohon maaf..bukan sengaja membuat perkara dan kemudian buatlah "terlupa" -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat..begitu sebaiknya kan...ter....kemudian minta maaf kerana betul2 tidak sengaja..

      Padam
  4. Betul. Kadang2 bila ada sesuatu yg menekan kita. Makin bertambah motivasi dan kelajuan untuk kita lakukan sesuatu perkara. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..dengan syarat tekanan itu kita lorongkan kepada yang baik :)

      Padam
  5. Hi Ucing Tag Awak Sudi jawab Soalan Saya .

    http://ucingkadayan.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ucing..insyaAllah ya PC cuba usahakan :)

      Padam
  6. Tidak ada alasan 'ter' atau tidak sengaja.
    Risiko dan implikasinya tetap kita tanggung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kalau lepas dunia...jangan lupa alam yang lagi satu.

      Padam
  7. Kdg2 org ambil mudah dgn perkataan 'ter' tu kan.. menjadi peringatan buat diri ini juga. T kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC sendiri pun kadang terlalai dengan keadaan sebegini sebenarnya..sama2 untuk peringatan kita semua.

      Padam
  8. Jangan gunakan perkataan terdesak jika alalsan yang dipilih adalah salah. sebab itulah yang bakal meghitamkan hati manusia. Menyalah gunakan perkataan 'ter' jadikan semua kejadian bakal jadi negatif ..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama