Jangan Sampai Ada Rasa "Tidak" Itu..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


jangan-sampai-ada-rasa-tidak- itu
Google image 

JANGAN SAMPAI ADA RASA "TIDAK" ITU || Alhamdulillah gembira rasanya bila Allah SWT izin bersua lagi dengan penghulu ni..seminggu sekali penghulu tetap muncul kerana putarannya sememangnya begitu..bezanya diri ini..masih bernyawa di sini atau sebaliknya.

Bila kemarau melanda...setitis air itu tersangatlah berharga..begitu juga kesempatan yang Allah pinjamkan kepada kita..ianya tersangatlah bernilai..dengan baki usia yang kita sendiri tidak tahu..isi peluang yang ada semaksimumnya..

TIDAK BERGUNA.Barang terbuang pun kalau bijak diurus boleh jadi sumber pendapatan jadi jangan pernah rasa diri tidak berguna..adakala rasa itu muncul berpunca daripada mulut-mulut yang tidak beretika..kemudian tersimpan kemas dihati..subhanAllah..kalau dengar sama ada ditujukan tepat pada diri atau sekadar sembang kencang bak belakang parang yang tumpul...mohon abaikan..tiada yang sia-sia bila Allah SWT cipta sesuatu itu..termasuklah diri kita..percayalah..

TIDAK SETIMPAL.Allah akan beri rezeki dengan banyak cara...begitu juga dugaan atau pun ujian dalam kehidupan yang akan datang dalam pelbagai bentuk.Kalau kita dah sehabis baik buat kebaikkan..namun Allah SWT masih lagi mendatangkan ujian...bersabarlah..pasti bersebab..muhasabah diri..semak kembali niat yang terpasak..kerana orang lain nilai kebaikkan itu diluaran sedang Allah SWT menilainya daripada dalaman..

Jangan mengeluh pada setiap kebaikkan yang dilakukan andai dirasakan tidak mendapat ganjaran yang setimpal...boleh jadi Allah SWT melebihkan di satu sudut yang tidak kita ketahui sedang kita sibuk merisaukan perkara sedikit yang tidak bertambah-tambah..

TIDAK LAYAK.Sesekali terbit dihati PC rasa tidak layak..mungkin berpunca daripada rasa rendah diri..setiap kali asyik menterjemah idea dipapan kekunci..ya terbit rasa itu..sedari tahun pertama lagi..namun dengan izinNYA biar pun sering tergelincir..alhamdulillah PC masih lagi berkongsi yang sentiasa PC harapkan manfaatnya bertebaran..En Suami  dan sahabat-sahabat blogger umpama vitamin buat PC bangkit...bangkit dan terus berkongsi ceritera..terima kasih...

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
@salam Jumaat


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

20 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allah tak jadikan sesuatu dengan sia-sia..
    salam Jumaat =)

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat PC. Semoga kita semua mendapat keberkatan hari yang penuh barokah ni.

    Lumrah manusia itu sentiasa tergelincir dari landasan. Namun setiap kali teringat cepat2 memohon keampunan kerana keampunanNya sangat luas utk hamba-hambaNya.

    Terima kasih atas setiap perkongsian. Semoga memberi kesedaran dlm hati2 kita semua. InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kembali..setuju tu...moga tergelincir itu menjadi sempadan agar tidak terjerumus kembali..insyaAllah..ameen :)

      Padam
  3. SALAM JUMAAT PC RAJIN MEULIS BERCERITA MEMANGKIN KEBAIKAN BESAR GANJARAN-NYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kembali kak PI...ameen...ameen...moga menjadi sahan akhirat :)

      Padam
  4. Salam Jumaat PC.. semoga kite sume dalam redhaNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kembali E'in...ameen...insyaAllah :) doa sentiasa..

      Padam
  5. Assalamualaikum PC. ☺
    Jgn terlalu merendah diri. Kita semua sama shja..

    Salam jumaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam sya mimie...
      :) rasa rasa sebegitu adakala menerpa diminda dan jiwa..mungkin Allah sedang menegur dan ingatkan sesuatu...

      Padam
  6. salam jumaat pc, setiap satu ciptaan Allah tidak sia2 kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat juga raihanah...tepat..moga dipihak kita pula tidak mensia siakan..

      Padam
  7. Thanks for sharing pc. Ujian membuat kita lg kuat.. Stp tulisan pc juga inspirasi bg akak

    BalasPadam
  8. Thanks for sharing pc. Ujian membuat kita lg kuat.. Stp tulisan pc juga inspirasi bg akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kak...begitu juga apa yang akak kongsikan di blog...banyak menyedarkan PC... :)

      Padam
  9. Kuncinya perlu berfikiran positif kan kak :D`

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...sebab pada pandangan Allah SWT semuanya sangat transparency :)

      Padam
  10. Sesekali jangan sesekali katakan tidak. benar sekali kak PC. Ujian Allah buat kita lagi kuat dan tidak akan diturunkan ujian jika kita tak mampu terimanya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama