بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
LAGI..LAGI DAN TERUSKAN || Seperti gambar yang bertambah indah dipandang bila bingkainya cantik..seperti itu juga kita manusia yang akan bertambah cantik dan indah dek pandangan mata dengan sedikit hiasan dan rapian yang wajar seperti mana yang telah disyariatkan.
TERUS BERSEMANGAT.Bukan perkara mudah untuk memulakan sesuatu perkara yang baik tanpa dugaan.Musuh kepada setiap semangat yang berkobar-kobar adalah hasutan yang sangat melemahkan.Oleh itu,bila sudah mula melangkah pada langkah pertama dengan niat dan perbuatan yang betul..teruskan dan pastikan teruslah bersemangat.
KEPUASAN DAN TIDAK KEPUASAN.Lumrahnya manusia,kebanyakkannya atau mungkin berlaku pada diri PC sahaja,sama ada mendapat kepuasan atau sebaliknya terhadap sesuatu perkara itu diri sendiri akan gemar mengulang menyebut perkara tersebut sebagai ingatan atau bertujuan untuk mengingatkan.Lupa itu ada pada setiap daripada kita..oleh itu satu sama lain diharap dapat sentiasa mengingatkan dan berpesan-pesan satu sama lain..
MAKSIMUM DAN UNLIMITED. Setiap hari adalah hari-hari indah yang baharu.Rezeki untuk kita menikmatinya dengan sebaik-baiknya.Larian di padang,matlamat utama menjadi yang pertama sampai digarisan penamat..kudrat yang kita rasakan sedikit itu hanya akan diketahui sekadar mana keterdayaannya mencapai sesuatu bila ianya dipaksa dan diuji.
Dalam sesetengah hal,kita perlu minimumkan tindakkan terhadapnya..mana kala dalam sesetengah perkara yang lain pula..rangsanglah diri untuk bertindak dengan maksimum dan unlimited..💗Perdu Cinta 💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
betul..terus bersemangat bila mulakan sesuatu..
BalasPadamWaalaikumussalam
BalasPadamsetiap entri sis selalu bermotivasi dan bagi inspirasi pada orang lain...teruskan sis PC!
BalasPadamBetul tu. Terus bersemangat tak mudah gentar.
BalasPadambersemangat walau adakalanya semangat tu hilang seketika..;D
BalasPadambetul semua tu.. kalau nak berjaya, kena tempuh onak dan duri.. a.. gittew-- thanx.. entir yang membina untuk saya yang kadang UP - DOWN tak tentu masa.. hee~
BalasPadamuntuk berjaya... semangat kena kuat, hati kena sado :D
BalasPadamTeruskan usaha dgn semangat.. pasti berjaya juga akhirnya nanti.. :)
BalasPadam