Orang Lain Pun Ada....

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


ORANG LAIN PUN ADA.. || Melihat dan cuba memahami situasi itu sangat perlu.Mungkin hari ini kita sekadar mendengar dan melihat,tidak mustahil satu ketika ianya terjadi pada diri sendiri,saat itu kita juga mengharapkan orang memahami kita.

PERASAAN.Sesiapa pun di muka bumi ini baik kita manusia..tumbuhan,,haiwan..ada perasaan cuma bezanya adalah bagaimana perasaan itu diluahkan..diterjemahkan dalam bentuk yang tersendiri.Ada yang boleh dan mudah difahami..ada juga yang sangat sukar untuk ditafsirkan.Jadi,setiap kita hormatilah apa pun perasaan yang cuba ingin diluahkan,dan berusahalah tidak tambah memedihkan.

KEINGINAN.Ya,keinginan tidak dapat dipisahkan daripada kita.Datangnya daripada naluri semulajadi kita.Ingin itu..ingin ini..lumrah.Kalau pun tidak dapat dipenuhi keseluruhan,,sedikit atau sebahagian itu sudah mencukupi..asalkan disertai dengan rasa bersyukur yang paling luhur.Andai kita tidak mampu untuk membantu memenuhi keinginan atau hajat orang,,tolong jangan cuba untuk memusnahkannya.

KELUARGA.Salah satu daripada banyak harta dan nikmat yang paling berharga.Keluarga.Sepertinya air laut yang ada pasang dan surutnya,begitu juga keluarga ada pelbagai warna di dalamnya.Sesiapa pun andai ditanya pasti mahukan semuanya sentiasa baik-baik sahaja,namun kehidupan bukan begitu kerana kesabaran,keimanan,ketakwaan pasti diuji untuk Allah tahu sekadar mana kebergantungan hambaNya terhadapNya.

MASALAH DAN SEBAB.Luar jangka.Keupayaan kita adakala tidak  terjangkau daripada apa yang terfikir dek akal..yakinlah kuasa Allah SWT. Tidak usah mempertikai setiap alasan yang diberi kerana setiap kita berhak untuk mempertahankan apa sewajarnya.Apa pun status alasan itu,biar dan cukup empunya diri dan DIA yang tahu.Bersangka baiklah.

Bertegas itu mesti.Bertolak ansur juga sangat perlu.Pastikan kita betul-betul tahu dan yakin apa yang cuba kita tegakkan kerana ia mungkin membawa kesan bukan sahaja pada orang lain..tetapi pada diri kita,,keluarga atau keturunan kita juga..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. memahami situasi atau masalah seseorang sangat membantu kita pada masa akan dtg. jadi cubalah yang terbaik untuk memahami mereka.

    apa yang berlaku samada baik atau sebaliknya semua ada asbab nya. kena belajar untuk redha dan berlapang dada walaupun sukar ;(

    BalasPadam
  2. KITA TIDAK TAHU TAKDIR HIDUP KITA MASA DEPAN

    BalasPadam
  3. memang susah nak memahami situasi masalah yg orang lain alami..kecuali kita sendiri yg alaminya

    BalasPadam
  4. Mmg kita tak tahu apa masalah sebenar org lain selagi kita tidak duduk di kerusi mereka.. moga kita sentiasa tergolong dikalangan org2 yg prihatin.

    BalasPadam
  5. tu la.. kadang bila kita sendiri lebih nampak untuk diri kita sampai kita lupa siapa sebenarnya sekitar kita. itulah kita. huhuhu

    BalasPadam
  6. Bila semakin dewasa kita akan cuba memahami masalah dan situasi orang lain..
    Namun, ada je manusia yang pentingkan diri dan menongkat langit..
    Semoga kita semua akan sentiasa cuba memahami..

    BalasPadam
  7. always think positif, kita susah orang lain ada yang lagi susah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama