Semakin Lama Semakin....

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

SEMAKIN LAMA SEMAKIN... || Jeruk,tidak pun halwa,bila semakin lama diperap atau diperam semaki sedap rasanya kerana semakin sebati rasanya.Begitu juga hidangan atau makanan lain yang rasanya lebih enak melalui kaedah perapan.Sebatian itu manghasilkan aroma dan rasa yang istimewa dan tersendiri.Begitu jugalah dalam kehidupan.Ada yang berpendapat bau ketiak suami atau isteri itu ubat stress..tapi ada juga yang jadi lebih stress bila bau ketiak..

Semakin Lama Semakin....
Google image

SAYANG
Hidup berkasih sayang tidak merugikan.berkasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih tetapi lebih daripada itu sebenarnya.Pupuklah rasa kasih dan sayang itu sesama insan,malahan kepada haiwan,tumbuh-tumbuhan dan sekalian alam ini.Tiada keterbatasan dalam berkasih sayang tapi perlu meletakkan had untuk memberi dan menunjukkan perasaan sayang itu. 

BERTAMBAH
Kepada yang berusaha pasti Allah SWT beri apa yagn selayaknya..setimpal dengan apa yang gigih diusahakan.Cuma bila setiap usaha itu menampakkan hasil adalah rahsia DIA untuk kita.Sabar.Usaha lebih dapat lebih dan begitulah sebaliknya.Setiap perubahan dekpertambhan yang erlaku pada diri kita itu rezeki.Namun ingat,bukan suka-suka Allah SWT izin sesuatu itu berlaku..melainkan pasti ada alasannya.

RAPAT DAN ERAT
Memyemai benih ukhuwah itu mudah namun membajai dan memeliharanya agar kekal dan sentiasa subur itu yang sukar.Akan sentiasa ada dugaan dan ragamnya yang kadangkala kita tewas untukpertahankannya.Lantaran teknologi dihujung jari,manfaatkan sebaik-baiknya.Berjamaah dalam memviralkan isu-isu yang positif agar sama-sama semakin rapat dan erat.

SEDAR DIRI
Seiring waktu yang tidak pernah menunggu  kecuali terus meninggalkan cuba tanya pada diri di mana kita saat ini dan bagaimana kita akhirnya nanti.Di dunia permulaan kita dengan tidak mengerti apa-apa..sedang di sana nanti kehidupan kitabermula dengan apa yang sedang kita usahakan saat ini.Untuk mengubah diri sendiri bukan perkara yang mudah apatah lagi untuk mengubah orang lain.Namun bila setiap daripada kita sentiasa sedar diri insyaAllah hidayah Allah itu pasti mudah mendekati.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hiduplah dengan berkasih sayang asalkan berlandaskan batas-batas yg di tetapkan

    BalasPadam
  2. Sentiasalah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    BalasPadam
  3. kita sendiri kena berusaha untuk jadi lebih baik

    BalasPadam
  4. Semoga kita sentiasa berukhwah dalam media sosial ye kak

    BalasPadam
  5. jgn dilupa doa supaya kita dapat menjaga silaturrahim dgn ibu bapa,suami,anak saudara dan kawan2

    BalasPadam
  6. rapat-rapatkan dan erat-eratkan hubungan sesama ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan-kawan, saudara seIslam dan juga dengan nonmuslim. sayangi juga flora & fauna, mereka juga makhluk ciptaan Allah

    BalasPadam
  7. Assalam kak pc ,terima kasih sudi singgah blog yana

    BalasPadam
  8. Sikit2 lama2 jadi bukit.. usaha yg istiqamah pasti sebati menjadi ibadah kebaikan buat diri, in shaa Allah... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama